Skip to content
31/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

FIFA sahkan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ditangguh

Panya Isamael 27/01/2026 (Last updated: 27/01/2026) 0 comments
618779138_1600610547678842_2098940285183089123_n

KELANA JAYA – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah memaklumkan kepada semua ahli bersekutu konfederasi mengenai keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Menerusi maklum balas rasmi yang diterima Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), FIFA mengesahkan bahawa hukuman penggantungan terhadap pemain terbabit perlu ditangguhkan serta-merta, meliputi saingan domestik dan juga kejohanan peringkat benua.

Tujuh pemain berkenaan ialah Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel, yang sebelum ini dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak oleh FIFA.

Susulan keputusan CAS itu, FIFA telah mengeluarkan arahan rasmi supaya hukuman tersebut tidak dikuatkuasakan buat sementara waktu, selaras dengan kelulusan Penangguhan Pelaksanaan sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS diputuskan.

Perkembangan itu menyaksikan kesemua tujuh pemain warisan terbabit kini dibenarkan beraksi dalam liga domestik, pertandingan peringkat benua, selain menyertai sebarang aktiviti bola sepak berkaitan tanpa sebarang sekatan.

FAM dalam kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum arahan FIFA tersebut dan akan memastikan semua prosedur serta ketetapan badan induk bola sepak dunia itu dipatuhi sepenuhnya.

Keputusan berkenaan sekali gus memberi kelegaan besar kepada kem Harimau Malaya, khususnya dalam merangka perancangan pasukan kebangsaan menjelang tugasan antarabangsa akan datang sementara menunggu keputusan akhir kes rayuan di CAS. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Pinda Akta 700, beri kuasa sebenar kepada EAIC
Next: SPRM Pahang komited sokong kerajaan negeri laksana agenda integriti

Related Stories

Saifuddin
  • SUKAN

Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super

Panya Isamael 31/07/2026 0
Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026
  • SUKAN

Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus

Arisna Wiguna 31/07/2026 0
JDT malaysia airlines
  • SUKAN

Malaysia Airlines kekal rakan rasmi JDT hingga 2029

Arisna Wiguna 31/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by