Skip to content
31/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Pinda Akta 700, beri kuasa sebenar kepada EAIC

Panya Isamael 27/01/2026 (Last updated: 27/01/2026) 0 comments
Jais MCW

Jais Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa pindaan segera terhadap Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Akta 700) bagi memastikan EAIC mempunyai kuasa mengikat dan tidak sekadar berfungsi sebagai pusat aduan awam.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, walaupun Malaysia mempunyai undang-undang, badan penguatkuasaan serta kempen antirasuah yang mencukupi, negara masih berdepan kelemahan serius dari segi keberanian memberi dan menggunakan kuasa tanpa kompromi.

Menurut beliau, EAIC sepatutnya menjadi benteng terakhir kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan, namun realiti hari ini menyaksikan suruhanjaya itu beroperasi jauh di bawah potensi sebenar.

“EAIC boleh menyiasat tetapi tidak boleh memaksa tindakan. Apabila syor tidak dilaksanakan, tiada implikasi undang-undang. Akhirnya keadilan menjadi pilihan, bukan kewajipan,” katanya ketika sesi dialog berkaitan integriti nasional di Menara Usahawan, Putrajaya, hari ini.

Jais berkata, isu integriti tidak wajar dilihat sebagai kesalahan pegawai bawahan semata-mata, sebaliknya berpunca daripada budaya organisasi, kelemahan kepimpinan serta sistem perlindungan yang gagal berfungsi.

Beliau turut mempersoalkan tindakan menurunkan kes besar kepada hukuman tatatertib ringan selain kelewatan siasatan dan ketiadaan perlindungan menyeluruh kepada pengadu.

“Apabila keadaan ini berterusan, mesej yang sampai kepada rakyat ialah pelaku dilindungi manakala mangsa diketepikan,” katanya.

Mengulas kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI), Jais berkata peningkatan skor tidak akan berlaku melalui kempen semata-mata, sebaliknya menuntut keadilan yang jelas dan konsisten tanpa memilih bulu.

Tambah beliau, CPI mempunyai kaitan langsung dengan keyakinan pelabur, pertumbuhan ekonomi serta daya saing negara di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, MCW mengemukakan empat pendirian utama iaitu pindaan Akta 700 bagi memberi kuasa sebenar kepada EAIC, pengukuhan perlindungan pengadu, kewajipan ketelusan awam serta jaminan kebebasan institusi pengawasan.

Dalam masa sama, MCW turut mencadangkan kerjasama strategik antara kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan melalui pendekatan open government yang telus, profesional dan bebas konflik kepentingan.

“Jika EAIC diperkasa dengan betul, ia mampu menjadi tonggak reformasi penguatkuasaan negara. Jika tidak, ia hanya akan terus menjadi penampan kemarahan rakyat, bukan pemutus keadilan,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim gesa perang rasuah tanpa kompromi
Next: FIFA sahkan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ditangguh

Related Stories

Mohd Azmi
  • NASIONAL
  • TITIK PANDANG

Hijrah para sahabat ke Habsyah

Solomon 31/07/2026 0
bahasa melayu janaan AI
  • NASIONAL

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Penyatuan Rumpun Nusantara

Solomon 31/07/2026 0
mapim
  • NASIONAL

MAPIM kemuka lapan tuntutan reformasi agensi Bumiputera

Arisna Wiguna 31/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by