KUALA LANGAT – Sebuah stor simpanan barangan kitar semula di Sijangkang, Teluk Panglima Garang terbakar, di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.42 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.
Beliau berkata, kebakaran melibatkan sebuah stor berstruktur terbuka dengan anggaran keluasan 100 x 100 kaki persegi.
“Kebakaran dianggarkan melibatkan kira-kira 50 peratus kawasan stor dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, operasi pemadaman membabitkan 18 anggota dengan bantuan BBP Andalas dan BBP Pelabuhan Klang, menggunakan tiga jentera termasuk jentera tangki air. – DETIK MALAYSIA