Skip to content
31/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Sukan SEA 2025 : Malaysia tambah 22 pingat, Rachel Yeoh serlah emas tunggal hari kedua

Panya Isamael 12/12/2025 (Last updated: 12/12/2025) 0 comments
597432388_1294823822682782_7851974931594378600_n

BANGKOK – Kontinjen Malaysia meneruskan aksi konsisten pada hari kedua rasmi pertandingan di Sukan SEA ke-33 apabila menambah 22 lagi pingat ke dalam kutipan keseluruhan, hari ini.

Secara keseluruhan, Malaysia membawa pulang 1 emas, 10 perak dan 11 gangsa, namun tumpuan terarah kepada satu-satunya emas yang disumbangkan dalam acara gimnas artistik.

Atlet negara, Rachel Yeoh Li Wen, mencuri tumpuan apabila melakukan rutin hampir sempurna di palang bertingkat (Uneven Bars) untuk mempertahankan emas yang dimenanginya di Vietnam 2021. Aksi mantapnya dipersembahkan dengan penuh ketelitian dan keanggunan sehingga memperoleh 13.300 mata.

Kejayaan itu turut disaksikan dan diraikan oleh Chef de Mission Malaysia merangkap Naib Presiden MOM, Nurul Huda Abdullah OLY, yang hadir menyampaikan pingat emas kepada Rachel di Gimnasium 5, Universiti Thammasat, Rangsit.

Walaupun emas hanya satu, skuad negara tetap garang dengan pungutan 10 perak merentasi pelbagai acara. Sukan olahraga menjadi penyumbang terbesar melalui Andre Anura (lompat kijang), Queenie Ting (lontar cakera) dan Sadat Marzuki (lontar tukul besi).

Diikuti aksi hampir pingat emas oleh Muhammad Syafiq Zuber (taekwondo), Joelle Ai Wong (jiu-jitsu) dan pasukan kata lelaki karate. Turut meraih perak ialah Zulfikri Zulkifli (berbasikal MTB CCE), Luqman Al-Hafiz (gimnastik lantai), pasukan ski air slalom dan pasukan renang 4x200m gaya bebas lelaki.

Sementara itu, 11 gangsa turut menyusul dengan antaranya disumbangkan oleh pelari pecut negara, Danish Iftikar Muhammad Roslee dalam acara riben biru 100m, serta Jackie Wong dalam lontar tukul besi. Pasukan bola keranjang 3x3 lelaki dan wanita juga mencatat keputusan podium.

Gangsa lain hadir melalui pasukan kata wanita karate, kanu slalom, gimnastik artistik (kuda lompat & vault), jiu-jitsu, ski air (wakesurf) dan renang 50m gaya bebas lelaki.

Sehingga tamat hari kedua pertandingan, Malaysia kini mengumpul 36 pingat keseluruhan dengan tiga emas, 12 perak dan 21 gangsa. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Bernama

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sukan SEA 2025 : Puripol mengganas, raih emas 100m dengan catatan luar biasa
Next: Tun Dr Mahathir persoal MoU kerjasama pertahanan baharu dengan AS

Related Stories

arab saudi afc
  • SUKAN

Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029

Solomon 30/07/2026 0
ANGKAT BERAT
  • SUKAN

Lima emas bukti jurulatih tempatan setanding terbaik dunia

Arisna Wiguna 30/07/2026 0
tan cheng hoe
  • SUKAN

Harimau Malaya semakin serasi, Cheng Hoe tetap waspada jumpa Thailand

Arisna Wiguna 29/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by