ACHEH BARAT – Koperasi Homestay TK bersama Perhubungan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Terengganu dengan kerjasama Kementerian Agama Acheh Barat menyerahkan sumbangan sebanyak IDR33 juta (kira-kira RM8,250) kepada Ketua Kampung Lawet di sini pada 20 Januari lalu.
Sumbangan tersebut adalah hasil Tabung FFU KHTK dan komuniti Teluk Ketapang bagi membantu mangsa yang terjejas akibat bencana.
Sebanyak 11 keluarga yang kehilangan rumah akibat dihanyutkan banjir menerima bantuan wang tunai sebagai sokongan awal untuk meringankan beban mereka.
Selain itu, seluruh penduduk kampung seramai 512 orang turut menerima dua ekor kerbau sebagai persiapan menyambut Ramadan.
Pengarah Kementerian Agama Acheh Barat bersama wakil media dan pengurusan kampung turut mengadakan lawatan ke kawasan rumah yang musnah serta kawasan sawah padi yang terjejas teruk akibat bencana tersebut. – DETIK MALAYSIA