Skip to content
28/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Exco FAM dijangka letak jawatan beramai-ramai minggu depan

Panya Isamael 21/01/2026 (Last updated: 22/01/2026) 0 comments
Wisma-FAM-FA-Malaysia

PETALING JAYA – Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka membuat keputusan drastik dengan meletakkan jawatan secara beramai-ramai seawal minggu hadapan, dalam usaha menyelamatkan masa depan bola sepak negara daripada campur tangan langsung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut sumber terdekat badan induk itu, langkah berkenaan dianggap sebagai pengunduran strategik bagi mengelakkan penubuhan Jawatankuasa Normalisasi yang dilantik FIFA, yang sekali gus akan menafikan autonomi pentadbiran FAM.

Difahamkan, peletakan jawatan tersebut bertujuan membuka ruang kepada penstrukturan semula dalaman, termasuk penubuhan jawatankuasa sementara bagi menguruskan Kongres Luar Biasa serta pemilihan kepimpinan baharu.

“Matlamat utama adalah untuk menunjukkan kepada FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bahawa FAM masih mampu memperbetulkan keadaan secara dalaman,” kata sumber itu dipetik Berita Harian.

“Sekiranya Exco kekal dan penggantungan dikenakan, FAM akan hilang kawalan sepenuhnya. Dengan meletakkan jawatan sekarang, mereka seolah-olah menekan butang ‘reset’ mengikut acuan sendiri.”

Keputusan berkenaan dipercayai dicapai susulan mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua minggu lalu, melibatkan kesemua 13 ahli Jawatankuasa Eksekutif yang menilai risiko pengasingan antarabangsa sekiranya tindakan tegas tidak diambil.

Walaupun wujud bantahan pada peringkat awal, kata sepakat akhirnya dicapai demi kepentingan jangka panjang liga domestik serta pasukan kebangsaan.

Satu sidang media dijangka diadakan pada 28 Januari ini bagi mengumumkan secara rasmi peralihan kepimpinan berkenaan.

Sebelum ini, AFC dilaporkan menasihatkan agar Jawatankuasa Eksekutif FAM berundur bagi mengelakkan penggantungan, yang akan menyaksikan bola sepak Malaysia ditadbir sepenuhnya oleh FIFA dan AFC buat sementara waktu.

Pada November lalu, Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan FAM serta tujuh pemain warisan Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang didapati bersalah melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen dan penipuan.

Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum itu mengarahkan FAM membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain dikenakan denda CHF2,000 (sekitar RM10,600) serta penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.

FIFA turut membatalkan keputusan Malaysia dalam tiga perlawanan persahabatan antarabangsa tahun lalu dan menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Cape Verde, Singapura dan Palestin, selain mengenakan denda tambahan CHF10,000 (sekitar RM51,414) ke atas FAM.

Tekanan terhadap Harimau Malaya dijangka terus meningkat apabila AFC berkemungkinan mempertimbangkan potongan mata dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027, sementara FAM masih menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Malaysia turut didapati menurunkan pemain tidak layak dalam kemenangan 2-0 ke atas Nepal pada 25 Mac dan 4-0 ke atas Vietnam pada 10 Jun, sekali gus menambah kerumitan dalam tempoh paling kritikal tadbir urus bola sepak negara. - DETIK MALAYSIA


Kredit foto - FAM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sindiket judi online warga asing tumpas di Bukit Bintang
Next: Sumbangan RM8,250 dan kerbau untuk penduduk Kampung Lawet, Acheh Barat

Related Stories

John Stones
  • SUKAN

John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan

Arisna Wiguna 28/07/2026 0
Andi Farid Izdihar
  • SUKAN

Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang

Panya Isamael 28/07/2026 0
SULTAN Ibrahim
  • SUKAN

F1 kembali ke Sepang hasil diplomasi diraja Malaysia-Bahrain

Solomon 27/07/2026 0

TERKINI

  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
  • F1 kembali ke Sepang hasil diplomasi diraja Malaysia-Bahrain
  • Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by