Skip to content
19/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Sindiket judi online warga asing tumpas di Bukit Bintang

Panya Isamael 20/01/2026 (Last updated: 20/01/2026) 0 comments
InCollage_20260120_212014269

KUALA LUMPUR - Taktik licik sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik rumah sewa dan premis perniagaan kecil akhirnya terbongkar apabila Jabatan Imigresen (JIM) menyerbu beberapa lokasi sekitar Bukit Bintang dan menahan 19 warga asing, di sini semalam.

Operasi yang bermula pukul 10.30 malam itu melibatkan 25 pegawai Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di sekitar Jalan Alor, Jalan Changkat dan Jalan Bedara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi dilakukan hasil risikan selama sebulan terhadap beberapa premis yang dikenal pasti menjadi pusat kegiatan sindiket tersebut.

“Hasil pemeriksaan ke atas 31 warga asing dan dua warga tempatan mendapati seramai 19 lelaki berusia antara 21 hingga 50 tahun ditahan, terdiri daripada 12 warga Bangladesh, Myanmar(4) dan Indonesia (3),” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal memiliki dokumen perjalanan sah serta tinggal lebih masa di negara ini.

Beliau berkata, turut dirampas 59 unit tablet, tiga monitor, tiga dekoder CCTV dan satu unit CCTV WiFi yang dipercayai digunakan bagi kegiatan perjudian dalam talian.

Tambahnya, sindiket tersebut menyasarkan warga asing sebagai pelanggan dengan menawarkan pelaburan antara RM50 hingga RM500 dengan janji pulangan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat serta beroperasi secara tertutup di rumah sewa dan premis perniagaan kecil.

“JIM tidak akan berkompromi dan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Kredit foto - IHSAN Imigresen

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SUV terbabas ke pembahagi jalan sebelum terbakar
Next: Exco FAM dijangka letak jawatan beramai-ramai minggu depan

Related Stories

DIJAVU’26
  • NASIONAL

DIJAVU’26: Simbolik aspirasi sinergi pemimpin mahasiswa berkualiti

Panya Isamael 18/09/2026 0
tandatangan palsu
  • NASIONAL

Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan rumah Najib

Solomon 18/09/2026 0
813136941_1005561202508196_5612005081879547154_n
  • NASIONAL

Wanita Malaysia maut ketika menyelam di Crystal Bay, Bali

Arisna Wiguna 18/09/2026 0

TERKINI

  • DIJAVU’26: Simbolik aspirasi sinergi pemimpin mahasiswa berkualiti
  • Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan rumah Najib
  • Wanita Malaysia maut ketika menyelam di Crystal Bay, Bali
  • Jasad pemancing hilang ditemui pada hari ketiga operasi CARILAMAT
  • Kembara Bersasar 2026 terus perkasa akses pendidikan, Orang Asli jadi kumpulan sasaran keempat
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by