TANJUNG MALIM – Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkesempatan meraikan delegasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam satu majlis yang diadakan di UPSI Sport Bowl, semalam.
Majlis itu turut dihadiri barisan Jawatankuasa Perwakilan Universiti (JKPU), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta keluarga UPSI bagi meraikan kehadiran delegasi PTPTN.
Md. Amin berkata, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid serta seluruh warga PTPTN atas kesudian hadir.
Katanya, kehadiran delegasi PTPTN itu sekali gus terus memperkukuhkan hubungan strategik antara PTPTN dan UPSI. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Naib Canselor UPSI
