Skip to content
29/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Xisco Munoz puji mental pemain JDT

Panya Isamael 22/10/2025 (Last updated: 22/10/2025) 0 comments
566215548_1395377991958173_4697219760972104089_n

CHENGDU – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Muñoz memuji semangat juang dan ketahanan mental anak buahnya selepas skuad Harimau Selatan mencatat kemenangan berharga 2-0 ke atas Chengdu Rongcheng dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elite 2025/26 Zon Timur, semalam.

Biarpun beraksi dalam keadaan padang licin serta cuaca sejuk di Stadium Bola Sepak Phoenix Hill, skuad JDT kekal tenang dan berdisiplin untuk meraih kemenangan pertama kempen peringkat liga musim ini.

Menurut Muñoz, keupayaan pemain menyesuaikan diri dengan keadaan perlawanan menjadi kunci utama kejayaan mereka menundukkan lawan yang memiliki kelebihan di laman sendiri.

“Bukan mudah menewaskan Chengdu Rongcheng di tempat mereka. Namun hari ini, pemain menunjukkan kematangan luar biasa apabila mampu menyesuaikan diri dengan keadaan padang dan melakukan segala yang diperlukan untuk menang,” katanya selepas perlawanan.

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu turut menyifatkan kemenangan tersebut sebagai bukti kekuatan mental pasukannya dalam menentang tekanan daripada pasukan tuan rumah yang memiliki sokongan padu penyokong.

“Menang 2-0 menentang pasukan berkualiti dan disokong penyokong fanatik bukan sesuatu yang mudah. Saya sangat bangga dengan cara pemain menampilkan karakter dan ketenangan sepanjang perlawanan,” ujarnya.

JDT mendahului seawal minit kelima menerusi jaringan Oscar Arribas sebelum Nacho Mendez memastikan kemenangan dengan rembatan padu pada separuh masa kedua.

Kemenangan itu bukan sahaja mencatat sejarah sebagai kejayaan pertama JDT di bumi China, malah melonjakkan mereka ke tangga kelima kumpulan Zon Timur dengan empat mata daripada tiga perlawanan.

Aksi tersebut turut memperlihatkan kematangan taktikal skuad bimbingan Muñoz yang tampil lebih tersusun di benteng pertahanan dan berdisiplin tinggi ketika mengekang asakan lawan.

Selepas ini, JDT akan melayan kunjungan gergasi China, Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim pada 5 November depan dalam misi meneruskan momentum ke arah kelayakan ke pusingan kalah mati kejohanan kelab paling berprestij di Asia itu. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Johor Southern Tigers

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Dua kereta musnah terbakar di Puchong Jaya
Next: MHO serah aduan rasmi kepada Bank Negara, desak siasatan Skim GRR

Related Stories

Ayub Rahmat
  • SUKAN

PABM bangga capai sasaran tiga emas, gesa ISN perhalusi SOP sokongan atlet

Solomon 28/07/2026 0
John Stones
  • SUKAN

John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan

Arisna Wiguna 28/07/2026 0
Andi Farid Izdihar
  • SUKAN

Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang

Panya Isamael 28/07/2026 0

TERKINI

  • PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope
  • PABM bangga capai sasaran tiga emas, gesa ISN perhalusi SOP sokongan atlet
  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by