Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

5 stesen air Selangor lepasi paras bahaya

Panya Isamael 04/12/2025 (Last updated: 04/12/2025) 0 comments
MainCam

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berserta ribut petir sejak awal pagi hari ini menyebabkan lima stesen aras air di tiga daerah di Selangor mencatat bacaan melepasi paras bahaya, sekali gus menimbulkan risiko banjir kilat di beberapa kawasan.

Berdasarkan kemas kini laman web rasmi Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor setakat pukul 7.15 pagi, stesen terbabit ialah Rimba KDR di Sabak Bernam; Batu 12, Batu 15 dan Siren Batu 12 Kampung Sungai Serai di Hulu Langat; serta Jenderam Hilir di Sepang. Bacaan paras air di Batu 12 dan Jenderam Hilir didapati terus menunjukkan trend meningkat, menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Dalam masa yang sama, dua lagi stesen iaitu Pekan Bangi Lama dan Batu 12 Sungai Serai Bung Toi (F2) turut mencatat paras amaran, dengan Pekan Bangi Lama dilaporkan menunjukkan peningkatan berterusan.

Sebanyak tujuh stesen lain pula berada pada paras berjaga-jaga, merangkumi Pintu Air Ijok di Kuala Selangor; Bukit Changgang di Kuala Langat; Bandar Klang dan Taman Desa Kemuning di Klang; serta Kampung Pasir, Pekan Kajang dan Kampung Lembah Jaya Utara di Ampang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 9 pagi, melibatkan kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, susulan keadaan cuaca tidak menentu sejak awal pagi.

Penduduk terutama di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga serta memantau perkembangan semasa bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuaca yang masih tidak menentu. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - INFOBANJIR JPS SELANGOR

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Curiga rakan serumah, wanita rugi RM4,500 dicuri warga Myanmar
Next: Sepaktakraw jadi tumpuan Sukan SEA 2025

Related Stories

retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by