Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

75 individu ditahan ceroboh Hutan Simpan Ayer Itam

Panya Isamael 21/09/2025 (Last updated: 21/09/2025) 0 comments
IMG_20250921_205814



SERDANG – Seramai 75 individu ditahan menerusi Operasi Penguatkuasaan Hutan Ops Jejak 2 yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bersama beberapa agensi penguat kuasa di Hutan Simpan Ayer Itam, semalam.

Operasi bermula kira-kira pukul 11 pagi itu melibatkan Seksyen Penguatkuasaan dan Seksyen Eco Park & Taman Negeri Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Selangor, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta anggota Balai Polis Puchong Jaya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kesemua individu terbabit didapati memasuki kawasan larangan dari Bukit Wawasan, Puchong tanpa permit sah (Borang 6) sebagaimana diperuntukkan di bawah Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 1985.

“Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1985 kerana memasuki hutan simpanan kekal tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Bagaimanapun, katanya, semua tahanan dibebaskan dengan jaminan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Beliau turut mengingatkan orang awam supaya tidak menceroboh hutan terbabit kerana kawasan itu hanya dikhaskan bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan oleh Bahagian Perhutanan UPM.

“Tiada permit dikeluarkan untuk sebarang aktiviti riadah di hutan berkenaan.

"Bagaimanapun, orang awam hanya dibenarkan menggunakan Trek Hutan 1 sepanjang 2.8 kilometer bermula dan tamat di kaki Bukit Wawasan, Pusat Bandar Puchong sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri ke-32/2012,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: The Cats tumbangkan Selangor di Kuching
Next: Xisco puji aksi mantap Harimau Selatan

Related Stories

Manivannan
  • NASIONAL

Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting

Solomon 28/10/2026 0
Dr R Manivannan - Foto: Bernama
  • NASIONAL

54 MALAYSIANS STILL MISSING, MASFIH TO MEET HUMAN RESOURCES MINISTER TOMORROW

Solomon 27/10/2026 0
upsi
  • NASIONAL

UPSI terima pengiktirafan MBOR menerusi program keluarga angkat

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by