Skip to content
02/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

9 rakyat Malaysia dijangka tiba di Pelabuhan Ashdod awal pagi Khamis

Panya Isamael 08/10/2025 (Last updated: 08/10/2025) 0 comments
1e3ae638-c81a-45ad-9bd7-fc93813cf152

SERDANG – Kesemua 145 delegasi misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Miles to Gaza (TMTG) yang ditahan rejim Israel dijangka tiba di Pelabuhan Ashdod dalam tempoh antara 10 hingga 11 jam selepas kapal mereka dipintas pada kedudukan 120 batu nautika dari pantai Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, berdasarkan maklumat terkini, kapal yang membawa para sukarelawan kini sedang dikawal oleh tentera Israel menuju ke Pelabuhan Ashdod dengan kelajuan sekitar 10 hingga 11 knot.

“Dengan kelajuan itu, kita jangka kapal akan tiba di Pelabuhan Ashdod sekitar jam 10 hingga 11 malam ini (waktu Malaysia). Ketika ini, semua bentuk komunikasi dengan kapal telah terputus sepenuhnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MyCare di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, pihak penganjur menjangkakan keadaan 'communication blackout' yang lebih lama memandangkan semua peralatan komunikasi di atas kapal diarahkan untuk dibuang ke laut bagi mengelakkan sebarang risiko intipan atau rampasan data oleh rejim Zionis.

Tambahnya, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah berhubung dengan Menteri Luar Turkiye, Hakkan Fidan untuk menyelaras usaha membawa pulang sembilan rakyat Malaysia bersama 21 delegasi Turkiye ke Istanbul sebaik sahaja proses siasatan selesai.

Menurut Kamarul Zaman, delegasi Malaysia terdiri daripada tiga orang doktor perubatan di atas kapal Conscience iaitu Dr. Fauziah Hassan, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi dan Dr. Hafiz Sulaiman manakala seorang lagi, Dr. Maziah Muhammad, berada di atas kapal UMM Saad.

Katanya, mereka berperanan sebagai pasukan perubatan misi berkenaan.

“Misi pelayaran ini bukan sekadar membawa bantuan kemanusiaan, tetapi turut disertai doktor dan wartawan antarabangsa sebagai tanda solidariti terhadap ribuan nyawa doktor dan wartawan yang terkorban di Gaza,” katanya.

Menurutnya, misi ini dijalankan mengikut undang-undang antarabangsa dan berada di luar bidang kuasa Israel.

Oleh itu, MyCare menyeru kerajaan Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengecam tindakan rampasan tersebut serta menuntut pembebasan segera semua sukarelawan yang telah diculik.

“Kami juga mendesak agar sekatan haram dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dihentikan segera,” katanya.

Beliau berkata, pintasan ke atas kapal berlaku antara pukul 10.30 hingga 10.50 pagi tadi, dan seperti kebiasaannya, kapal yang ditawan akan diambil alih sepenuhnya oleh tentera Israel.

“Biasanya, peserta misi tidak akan memandu kapal ke Pelabuhan Ashdod kerana matlamat mereka adalah ke Gaza. Namun, tentera Israel akan mengawal kapal berkenaan sehingga tiba di pelabuhan tersebut,” katanya.

Katanya, pasukan peguam yang telah bersedia di lapangan akan mengendalikan semua 145 delegasi yang ditahan sebaik sahaja mereka tiba di Ashdod, dan proses siasatan dijangka bermula pada waktu pejabat esok.

“Kami berharap urusan ini dapat diselesaikan sebelum hujung minggu bagi mengelakkan kelewatan kerana pejabat kerajaan di Israel ditutup pada Jumaat dan Sabtu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kerjasama kerajaan Turkiye diharap dapat mempercepatkan urusan pelepasan dan penghantaran pulang para delegasi, seperti mana yang pernah dilakukan terhadap peserta Global Sumud Flotilla sebelum ini. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: 9 kapal flotila dipintas Israel
Next: “20 jam perjalanan, tak kisah kos, asalkan tengok Kuching City menang depan mata”- Penyokong The Cats

Related Stories

utusan kosmo
  • NASIONAL

Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar

Panya Isamael 02/11/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman

Solomon 02/11/2026 0
Koperasi Homestay Teluk Ketapang
  • NASIONAL

Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan

Panya Isamael 02/11/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by