Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Peguam urus kes aksesori barang kemas palsu pempengaruh wanita

Panya Isamael 19/11/2025 (Last updated: 19/11/2025) 0 comments
9041f5d9-c5a7-4d91-b2f7-6c435b5bbd69

PETALING JAYA – Isu pertikaian komersial membabitkan urusan jual beli barangan kemas seorang pempengaruh wania yang tular di media sosial mendapat maklum balas rasmi bagi menjelaskan perkembangan terkini berhubung kes tersebut.

Penasihat Eksekutif Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihak syarikat terlibat telah mengambil langkah profesional apabila melantik peguam, selain sudah mengadakan komunikasi dengan peguam mewakili pembeli, Esther Hor Su Ying, bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Peguam syarikat telah pun menghubungi peguam pihak pembeli dan kedua-dua pihak sedang berbincang secara aktif bagi mencari penyelesaian baik supaya isu ini dapat ditangani segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Michael berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka buat masa ini kerana kes sedang melalui proses undang-undang serta bimbang ia akan menjejaskan perbincangan damai.

“Memandangkan proses undang-undang sedang berjalan, semua pihak sependapat supaya tiada kenyataan awam dibuat dahulu bagi mengelakkan gangguan terhadap proses perbincangan,” katanya.

Menurutnya, beliau mengingatkan kes tersebut adalah sengketa komersial dan perlu ditangani melalui saluran undang-undang yang sah, bukan melalui perdebatan, tekanan atau spekulasi di media sosial.

Michael turut menyentuh isu buli siber yang timbul akibat perdebatan kes berkenaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa apa jua bentuk buli siber adalah tidak boleh diterima sama sekali. Semua netizen perlu kekal tenang, rasional dan bertanggungjawab ketika memberi komen,” katanya.

Tambahnya, pihaknya akan terus memantau perkembangan kes serta berperanan sebagai penghubung komunikasi antara semua pihak terlibat termasuk wakil undang-undang dan badan berkaitan.

“Saya menyeru semua pengguna media sosial supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan agar tidak menimbulkan salah faham atau menjejaskan penyelesaian secara adil,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan impian kira-kira 30 wanita untuk hidup didampingi nasib yang baik bertukar menjadi bala apabila mereka diperdaya seorang pempengaruh yang dikatakan mengaut untung cecah jutaan ringgit dengan menjual 'tuah' menerusi aksesori perhiasan wanita kononnya mempunyai feng shui menguntungkan.

Malah, pempengaruh wanita itu turut meminta deposit sebelum dibenarkan berhubung dengannya untuk membuat tempahan dan memilih rekaan kalung berlian atau jed 'bertuah' yang ingin dibeli.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Pee, 29, berkata dia kerugian lebih RM600,000 selepas membeli pelbagai jenis barang kemas belian tulen termasuk gelang, subang dan rantai namun produk yang diterima didapati palsu selepas ujian makmal dijalankan.

Esther Hor dilapor berkata, pempengaruh berkenaan menggunakan ayat-ayat yang mengelirukan bagi menjual produk kecantikan dan barang kemas. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Lelaki nyaris maut, kereta dihempap runtuhan binaan ECRL
Next: ACQ 2027: Harimau Malaya hampiri Arab Saudi selepas jinakkan Nepal

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by