KUALA LUMPUR – Cristiano Roland memberi amaran awal menjelang aksi final Kejohanan Bawah 17 Tahun ASEAN 2026 apabila menyifatkan skuad negara kendalian Shukor Adan kini jauh berbeza dan lebih berbahaya.
Menurutnya, kekalahan besar 0-4 Malaysia kepada Vietnam pada 13 April lalu tidak lagi boleh dijadikan ukuran sebenar menjelang pertemuan penentuan juara, esok.
āMalaysia datang dengan mentaliti dan prestasi yang lebih kuat. Kami perlu buat persiapan rapi dan kekal fokus,ā katanya.
Skuad muda Harimau Malaya jelas bangkit daripada kekalahan itu apabila mencatat tiga kemenangan berturut-turut termasuk menewaskan Laos 3-0 di separuh akhir.
Roland menegaskan Vietnam perlu berada pada tahap terbaik jika mahu merampas gelaran yang kali terakhir dimenangi pada 2017.
āKami masih ada satu perlawanan penting. Semua pemain perlu kekalkan fokus tinggi dan bersedia sebaik mungkin untuk final,ā ujarnya.
Perlawanan akhir yang dijangka sengit itu akan berlangsung di Stadium Gelora Delta, menyaksikan dua seteru Asia Tenggara berentap bagi memburu kejuaraan serantau. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – VFF