Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

RFC 2025: Defender 88 ‘Aliroba Buruk’ masih gagah bersaing di belantara Gua Musang

Panya Isamael 06/12/2025 (Last updated: 06/12/2025) 0 comments
Rainforest Challenge 2025 - GG 4x4 -01

GUA MUSANG - Momentum pasukan kerdil dari Terengganu, GG 4x4 yang mempertaruhkan ‘aliroba buruk’ Land Rover Defender Series 3 88 berusia hampir separuh abad masih kekal utuh untuk menghabiskan baki-baki perlumbaan Rainforest Challenge Grand Final 2025 yang dijadulkan berakhir di Gua Musang, Kelantan pada Rabu ini.

Setelah menempuh 5 hari perlumbaan sejak 2 Disember lalu untuk 24 peringkat cabaran(SS) di dalam hutan belantara, GG 4x4 hanya mencatatkan sekali sahaja ‘DNS’ setelah jentera mereka mengalami masakal teknikal untuk memulakan perlumbaan di SS 16 pada hari pertama perlumbaan di Gua Musang ini.

“Sepanjang perlumbaan yang masih berbaki beberapa lagi, hanya sekali untuk kami mengutip DNS pada hari pertama perlumbaan di Gua Musang ini disebabkan masalah teknikal. Satu rekod yang tidaklah mengembirakan kami namun masih boleh berpuas hati oleh kerana terdapat lain-lain pasukan yang mengalami masalah lebih teruk dari kami untuk menamatkan perlumbaan.

“Walaupun jentera lumba kami amat berusia namun sehingga kini masih tidak mengecewakan kami untuk hadir memberi cabaran kepada pasukan-pasukan yang lebih hebat dengan jentera yang lebih moden untuk memburu kejuaraan di sini.

“Motivasi pasukan masih di tahap yang terbaik walaupun kadang kala diuji dengan situasi di luar jangka yang memaksa mekanik-mekanik berhempas pulas memperbaiki jentera dalam serba kekurangan. Melihat pada situasi semasa, kami mempunyai peluang untuk menaiki podium nanti,” ujar ujar Azili Safeei selaku pengurus pasukan yang berpangkalan dari Marang, Terengganu ini.

Tambahnya lagi, sehingga kini peluang masih sama rata buat setiap pasukan bertanding walaupun faktor cuaca bakal memberi cabaran berganda di dalam hutan belantara itu nanti.

Selain pasukan-pasukan tempatan, turut hadir memberi cabaran adalah pasukan antarabangsa dari Rusia, Poland dan Latvia yang menghimpunkan keseluruhan 22 jentera pasukan.

RFC Grand Final 2025 yang dijadualkan melabuhkan tirai pada 10 Disember 2025 nanti merupakan siri terakhir perlumbaan lasak jentera 4x4 bagi musim ini setelah berlangsung di beberapa negara benua sepanjang tahun ini. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia hantar pegawai teknikal teramai, diiktiraf antara terbaik di Asia Tenggara
Next: MCW sokong cadangan mufliskan perasuah dan pemulihan aset SPRM

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by