Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

MCW sokong cadangan mufliskan perasuah dan pemulihan aset SPRM

Panya Isamael 06/12/2025 (Last updated: 06/12/2025) 0 comments
185922399_10224695105835888_2141045918590887495_n

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyambut baik ketegasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, yang menegaskan bahawa individu terlibat rasuah perlu dimufliskan dan semua harta hasil jenayah dipulangkan kepada rakyat.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, langkah itu selaras dengan falsafah antirasuah sejagat bahawa hukuman terhadap pesalah rasuah bukan sekadar pemenjaraan, sebaliknya perlu memastikan keuntungan haram yang diperoleh turut dilucutkan.

“Hukuman paling adil bagi perasuah adalah merampas kembali apa yang mereka rompak. Penjara tanpa pemulihan aset hanya separuh keadilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jais berkata, pemulihan aset merupakan instrumen pencegahan rasuah yang sangat berkesan kerana ia menghapuskan insentif untuk melakukan jenayah tersebut.

Katanya, langkah itu juga menutup peluang perasuah menikmati semula kekayaan haram selepas menjalani hukuman serta membolehkan negara mendapatkan kembali hak rakyat tanpa bergantung sepenuhnya kepada proses jenayah.

Tambahnya, trend global menunjukkan pemulihan aset memberi impak besar dalam membanteras rasuah, malah digunakan secara meluas di negara seperti Switzerland dan United Kingdom untuk menekan golongan elit politik serta kleptokrat.

MCW bagaimanapun mengakui cabaran utama dalam usaha ini ialah mengesan dan memulangkan aset yang disembunyikan di luar negara, termasuk melalui akaun luar pesisir, syarikat proksi, pelaburan digital, hartanah serta emas.

Selain itu, isu pembuktian undang-undang merentas sempadan serta kebergantungan kepada kerjasama antarabangsa seperti Mutual Legal Assistance Treaty (MLAT) dan United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) turut menjadi halangan besar.

Sehubungan itu, MCW menyarankan agar Pasukan Petugas Pemulihan Aset Nasional (NRRET) bersama SPRM diperkasakan, termasuk melalui penggunaan teknologi forensik kewangan digital dan pengesanan blockchain bagi mengesan aliran wang haram dengan lebih efektif.

Jais berkata, cadangan membankrapkan perasuah mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadap keadilan dan ketelusan sistem negara.

“Ia menjadikan rasuah sebagai jenayah berisiko tinggi tanpa pulangan, dan membuktikan bahawa tiada sesiapa yang kebal selepas mencuri wang rakyat,” ujarnya.

Dalam masa sama, MCW menegaskan bahawa pelaksanaan langkah tersebut perlu dilakukan secara adil tanpa sebarang campur tangan politik atau pilih kasih.

“Kes rasuah mesti diproses berasaskan bukti, bukan sentimen media atau tekanan politik. Aset perlu diburu tanpa kompromi walaupun melibatkan tokoh elit, bekas menteri, ketua GLC atau jutawan,” katanya.

MCW turut menegaskan komitmen untuk terus menyokong pemerkasaan SPRM dalam memburu aset hasil rasuah di dalam dan luar negara, selaras dengan prinsip ‘No one is above the law’. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: RFC 2025: Defender 88 ‘Aliroba Buruk’ masih gagah bersaing di belantara Gua Musang
Next: ARRC 2025: Hafizh terpantas di P3 sesi latihan, Ryo di kedudukan Ke-10

Related Stories

retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by