UC TATI Rhino merupakan antara pasukan ragbi peringkat institusi pengajian tinggi yang berpangkalan di Kolej Universiti TATI, Kemaman, Terengganu yang kembali hadir memberi cabaran di temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi(SUKIPT) edisi ke-17 pada Ogos nanti.
KEMAMAN – Skuad ragbi Kolej Universiti TATI yang berpangkalan di Kemaman, Terengganu kini giat mempersiapkan pasukan untuk kembali berentap dalam temasya dwitahunan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi(SUKIPT) edisi ke-7 yang akan membuka tirai pada Ogos nanti.
Walaupun berdepan dengan kekangan jadual semester pengajian yang baru bermula, UC TATI Rhinos yang kini dalam misi untuk memperbaiki rekod kekal gigih untuk meneruskan program latihan di waktu luar kelas pengajian mereka.
Menurut pengurus pasukan, Ahmad Farid Ridhwan Zakaria meletakkan sasaran awal adalah untuk berada di dalam kelompok 5 terbaik dari keseluruhan 65 pasukan yang bertanding nanti.
“SUKIPT yang berlangsung dalam tempoh dwitahunan memberi tempoh masa yang baik untuk persediaan setiap pasukan yang bertanding. Namun, hakiki setiap pemain ini adalah pelajar yang perlu menghabiskan pengajian masing-masing malah pasukan ini bukanlah pasukan pilihan untuk merebut kejuaraan berbanding IPT-IPT lain yang dibarisi oleh pemain-pemain yang pernah beraksi di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa.
“Walaupun sedemikian, kami optimis untuk berada dalam kelompok 5 terbaik pasukan di kalangan setiap pasukan bertanding,” ujar Ahmad Farid Ridhwan Zakaria selaku pengurus pasukan sejak 2016 bersama UC TATI Rhino.
Manakala bagi kapten pasukan, Muhammad Daniell Aqtar Uzir yang membuat penampilan ke-3 bersama pasukan untuk musim ini meletakkan harapan yang tinggi untuk menaiki podium SUKIPT 2026.
“Mungkin ini adalah penampilan terakhir saya bersama pasukan sejak 2026. Memandangkan saya akan tamat pengajian tidak lama lagi. Saya amat berharap kami sama-sama dapat memperbaiki rekod pasukan sekaligus sekurang-kurangnya ianya menjadi sesuatu yang terbaik untuk saya meninggalkan pasukan ini nanti,” ujar kapten pasukan yang juga merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuteraan Elektrik di Kolej Universiti TATI ini.
Untuk rekod pada edisi lalu bagi acara ragbi 7 sepasukan lelaki, Universiti Putra Malaysia(UPM) dengan rekod tanpa kalah muncul juara setelah menewaskan Universiti Teknologi MARA(UiTM) yang berkesudahan 21-00.
Edisi ke-7 bagi musim ini dijadualkan bermula pada 28 Ogos nanti bertempat di Universiti Malaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan 65 kontijen yang terdiri institusi pendidikan tinggi(IPT) seluruh negara.