Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Senarai Sukan SEA 2027 masih sementara – Mohamad Norza

Panya Isamael 09/12/2025 (Last updated: 09/12/2025) 0 comments
596386719_1292834262881738_6384955456311650944_n

BANGKOK, Thailand - Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, menekankan senarai 38 jenis sukan yang dicadangkan bagi Sukan SEA ke-34 Malaysia 2027 masih bersifat sementara.

Beliau memberi jaminan bahawa senarai rasmi akan dikemukakan mengikut SEAGF Charter and Rules apabila Malaysia memegang jawatan Pengerusi SEAGF selepas Sukan SEA ke-33 Thailand.

“Saya ingin memberi jaminan kepada rakan-rakan dalam keluarga SEAGF bahawa senarai yang dibentangkan bersama Laporan Kemajuan adalah awal dan masih boleh disemak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mesyuarat Majlis Persatuan Sukan SEA (SEAGF) bagi penggal 2023-2025 berlangsung di Grand Fourwings Convention Hotel, Bangkok, dengan penyertaan wakil daripada semua negara anggota.

Mesyuarat disempurnakan oleh H.E. Asst. Prof. Pimol SRIVIKORN, Presiden NOC Thailand dan Presiden SEAGF bagi penggal semasa.

Dalam mesyuarat itu, NOC Malaysia bersama MASOC membentangkan Laporan Kemajuan Sukan SEA ke-34 Malaysia 2027, termasuk pengumuman bahawa temasya itu akan berlangsung dari 18 hingga 29 September 2027. Program awal mencatat 38 jenis sukan yang diagihkan ke empat kluster utama iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, Penang dan Johor.

Dr. Norza menegaskan senarai sukan tersebut masih bersifat preliminary dan boleh berubah mengikut perbincangan serta keperluan SEAGF.

Beliau menambah bahawa NOC Malaysia sebagai pemegang amanah Multi-Sport Games di negara ini, bertanggungjawab melindungi kepentingan Sukan SEA, NOC anggota SEAGF, dan Pergerakan Olimpik di rantau Asia Tenggara.

“Kami akan terus memastikan persiapan Sukan SEA 2027 berjalan lancar dan selaras dengan standard antarabangsa. Peranan Malaysia sebagai Pengerusi SEAGF selepas Sukan SEA ke-33 Thailand 2025 juga akan menjadi platform penting bagi memajukan sukan serantau,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FB Olympic Council of Malaysia

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: “ChatGPT dan AI: Pemudah cara zaman moden atau risiko tersembunyi?”
Next: Delegasi Chinlone Myanmar jumpa Abdul Halim, bincang masa depan sukan warisan ASEAN

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by