Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Sindiket penipuan atas talian tumpas

Panya Isamael 22/09/2025 (Last updated: 22/09/2025) 0 comments
IMG_20250922_151110

filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; hdrForward: 0; brp_mask:0; brp_del_th:null; brp_del_sen:null; delta:null; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (0.22361112, 0.76458335);sceneMode: 2;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 0.0;aec_lux_index: 0;HdrStatus: auto;albedo: ;confidence: ;motionLevel: -1;weatherinfo: null;temperature: 33;

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan kegiatan sindiket penipuan dalam talian yang menyasarkan mangsa dari China menerusi serbuan di dua unit kondominium mewah di Lorong Binjai, di sini pada 18 September lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, serbuan kira-kira pukul 4 petang itu dijalankan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) IPD Dang Wangi serta Cawangan Integriti dan Pematuhan Standard.

“Hasil operasi, polis menahan 13 warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara awal 18-an hingga pertengahan 40-an yang disyaki terlibat dalam sindiket berkenaan.

“Siasatan awal mendapati beberapa unit kondominium digunakan sebagai pusat operasi manakala unit lain dijadikan kediaman. Kesemua suspek dipercayai masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan terhadap peranti di lokasi menunjukkan wujud unsur penipuan atas talian serta platform palsu yang digunakan untuk memperdaya mangsa di China.

“Polis turut merampas beberapa unit komputer riba, telefon bimbit, modem router dan kad akses bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

Katanya, kesemua suspek kini direman sehingga 25 September bagi membantu siasatan lanjut.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran pelaburan atas talian yang mencurigakan dan segera menghubungi polis sekiranya mempunyai maklumat.

Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Remaja perempuan hilang di Seri Kembangan
Next: Resolusi MIHREC 2025 perkasa Malaysia hab halal global

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by