Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Resolusi MIHREC 2025 perkasa Malaysia hab halal global

Panya Isamael 23/09/2025 (Last updated: 23/09/2025) 0 comments
IMG-20250922-WA0037




KUALA LUMPUR - Satu resolusi strategik halal berjaya dicapai bagi memperkukuh peranan Malaysia sebagai pusat rujukan halal global dan penggerak utama agenda halal dunia yang diraih pada Persidangan Antarabangsa Penyelidikan & Pendidikan Halal Malaysia (MIHREC 2025) yang diadakan di Putrajaya, hari ini.

Persidangan anjuran Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menghimpunkan lebih 200 peserta terdiri daripada penyelidik, ahli akademik, pemain industri dan penggubal dasar dari dalam serta luar negara.

Selain diserahkan kepada kerajaan Malaysia, resolusi berkenaan juga akan diberikan kepada Institut Piawaian dan Metrologi bagi Negara-Negara Islam (SMIIC).

Menurut Naib Canselor UPM, Datuk Prof Ir Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, MIHREC 2025 bukan sekadar meraikan pencapaian penyelidikan halal, sebaliknya memperkukuh tekad kolektif untuk memacu industri halal ke masa depan yang berasaskan inovasi, tanggungjawab dan kesejahteraan global.

“Penyerahan Resolusi MIHREC 2025 ini membuktikan bagaimana idea serta komitmen bersama dapat diterjemahkan menjadi panduan tindakan untuk pemegang taruh di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Beliau menambah, Malaysia bersama rakan strategik antarabangsa kini bersedia memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang bagi memperkasakan ekosistem halal global.

“UPM melalui Institut Penyelidikan Produk Halal akan terus memacu penyelidikan dan inovasi yang memberi impak bukan sahaja kepada ekonomi negara tetapi juga kepada keterjaminan makanan negara dan kesejahteraan masyarakat sejagat,” jelasnya.

Antara cadangan transformasi yang dikemukakan dalam resolusi ini termasuk menyokong penuh penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia sebagai badan penyelaras tunggal dan mewujudkan perundangan bagi mengawalselia industri halal.

Dua lagi cadangan babitkan transformasi digital ekosistem halal melibatkan proses pensijilan dan kebolehjejakan rantaian bekalan, serta pemerkasaan Badan Profesional Halal bagi mengiktiraf dan meningkatkan standard profesional dalam industri.

Sementara itu, Pengarah IPPH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur MIHREC 2025, Prof Dr Awis Qurni Sazili berkata, hasil resolusi itu juga adalah sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

"Resolusi ini bukan sekadar rangkuman pandangan, tetapi juga cadangan inisiatif berasaskan data untuk pelan tindakan yang selaras dengan RMK13).

"Malah ia juga selari dengan Halal Industry Master Plan 2030 (HIMP2030) dan New Industrial Master Plan 2030 (NIMP2030). Jika dilaksanakan, Malaysia berpotensi menjadi pusat rujukan global halal yang disegani," kata Awis.

MIHREC 2025 turut menyediakan peluang penerbitan kertas kerja terpilih di jurnal terindeks, di samping menjadi platform jaringan kerjasama antara akademia dan industri.

Dengan sasaran eksport halal mencecah RM100 bilion menjelang 2035 seperti yang termaktub di dalam dokumen RMK13, resolusi ini diyakini akan menjadi pemangkin utama untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global berteraskan integriti, inovasi teknologi dan kesejahteraan Masyarakat. - DETIK MALAYSIA


About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sindiket penipuan atas talian tumpas
Next: Indonesia, Thailand, Malaysia dan Kemboja sertai Olimpik pelajar Asia Tenggara di Terengganu

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by