Skip to content
29/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Indonesia, Thailand, Malaysia dan Kemboja sertai Olimpik pelajar Asia Tenggara di Terengganu

Panya Isamael 23/09/2025 (Last updated: 23/09/2025) 0 comments
Screenshot_20250923_011140

KUALA TERENGGANU – Seramai 451 pelajar dari empat negara iaitu Indonesia, Thailand, Kemboja dan Malaysia bakal berkumpul di Terengganu bagi menyertai South East Asia Olympiade Championship & Sustainable Tourism Workshop yang akan berlangsung pada 29 September ini.

Program berprestij itu dianjurkan oleh Koperasi Homestay Teluk Ketapang Kuala Nerus dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta kerajaan negeri.

Menurut penganjur, Mohd. Azmi Abdul Aziz, pihaknya kini giat melakukan persiapan melibatkan aspek penginapan, keselamatan, lokasi acara dan bantuan kesihatan bagi memastikan kelancaran penganjuran.

“Setakat ini, persiapan rapi telah dilakukan untuk menyambut kehadiran 451 pelajar serta 49 guru pengiring dari sekolah menengah rendah dan menengah atas. Jumlah itu merangkumi 196 pelajar peringkat junior, 255 pelajar senior dan 49 guru dari keempat-empat negara terbabit,” katanya.

Jelasnya, peserta dari Indonesia dan Kemboja akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dibawa ke Terengganu melalui perjalanan darat.

Mereka akan ditempatkan di beberapa lokasi penginapan termasuk Homestay Teluk Ketapang (120 orang), Quinara Assafir (124), Kampung Stay ABC (80), Kampung Stay RR (40), Kampung Stay Ar Raudah (34) dan Kampung Stay Ruhaya (12).

Tambahnya, pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, UMT, polis, jabatan kesihatan serta agensi berkaitan lain kini terlibat dalam mesyuarat penyelarasan bagi memastikan kejayaan acara tersebut.

Olimpiade berkenaan akan menyaksikan pelajar bersaing dalam bidang matematik, pidato serta perbualan dalam bahasa Inggeris dan Arab. Bagi peringkat sekolah menengah atas, pertandingan Robo Sumo turut dianjurkan.

“Selain menjadi medan persaingan ilmu, penganjuran ini turut menjadi wadah memperkukuh ukhuwah Islamiah serta silaturahim dalam kalangan pelajar serantau. Selamat datang ke Terengganu pada 29 September ini,” ujar Azmi. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Pikiran Rakyat/PRMN/Kabar Sleman/Indra Yosef

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Resolusi MIHREC 2025 perkasa Malaysia hab halal global
Next: Wanita maut, empat lelaki selamat dalam nahas tiga kereta di Karak

Related Stories

baddrol bakhtiar
  • SUKAN

Kontinjen Kedah terima suntikan RM465,183, buru kegemilangan di SUKMA Selangor

Panya Isamael 29/07/2026 0
angkat berat
  • SUKAN

ISN pertahan pendekatan saintifik, ucap tahniah tiga emas angkat berat

Arisna Wiguna 29/07/2026 0
litar sepang
  • SUKAN

Harga tiket F1 GP Bahrain di Sepang ditentukan Bahrain

Solomon 29/07/2026 0

TERKINI

  • Kontinjen Kedah terima suntikan RM465,183, buru kegemilangan di SUKMA Selangor
  • MCW gesa siasat dakwaan agih RM300 kepada pengundi
  • Pelarian Rohingya cari perlindungan, bukan mahu ambil alih negara
  • ISN pertahan pendekatan saintifik, ucap tahniah tiga emas angkat berat
  • Harga tiket F1 GP Bahrain di Sepang ditentukan Bahrain
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by