Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Sukan SEA 2025: Malaysia di ambang penyingkiran selepas kalah 0-2 kepada Vietnam

Panya Isamael 11/12/2025 (Last updated: 11/12/2025) 0 comments
596567485_1565462411193656_6275239886319543428_n

BANGKOK – Harapan Malaysia untuk mengesahkan tiket awal ke separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2025 tertangguh selepas tewas 0-2 kepada Vietnam dalam aksi Kumpulan B di Stadium Rajamangala, hari ini.

Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-12. Nguyen Dinh Bac melakukan hantaran silang tepat yang disempurnakan Nguyen Hieu Binh dengan tandukan ke penjuru gawang untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Hanya 10 minit berselang, kedudukan berubah sekali lagi. Serangan balas pantas Vietnam menyaksikan Phan Minh Phuc melakukan rembatan kemas dari dalam kotak penalti pada minit ke-22 untuk meletakkan Vietnam selesa mendahului 2-0.

Malaysia berusaha bangkit sepanjang baki separuh masa pertama dan mencipta beberapa peluang menarik, namun gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Memasuki babak kedua, Harimau Muda terus melancarkan serangan bertali arus bagi merapatkan jurang, tetapi benteng Vietnam yang tersusun kemas mengekang setiap percubaan.

Tiada tambahan jaringan dihasilkan sehingga wisel penamat, sekali gus mengekalkan keputusan 2-0 memihak kepada Vietnam.

Kemenangan itu memastikan Vietnam mengumpul enam mata penuh dan muncul juara Kumpulan B untuk mara ke separuh akhir.

Malaysia pula kekal di tangga kedua dengan tiga mata selepas dua perlawanan. Harimau Muda kini perlu menunggu keputusan kumpulan lain khususnya kedudukan naib juara Kumpulan A dan C untuk mengetahui sama ada mereka layak ke separuh akhir sebagai pasukan naib juara terbaik. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FAM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Jentera berusia tidak halang GG 4×4 raih podium antarabangsa
Next: Astaf umum Stadium Gymnasium Nakhon Pathom venue terbaik dalam sejarah Sukan SEA sejak 1967

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by