Skip to content
31/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Jentera berusia tidak halang GG 4×4 raih podium antarabangsa

Panya Isamael 11/12/2025 (Last updated: 11/12/2025) 0 comments
RFC Grand Final 2025 - GG 4x4 Terengganu Podium R3

GUA MUSANG - Tempuhi 11 hari perlumbaan ‘off road’ Rainforest Challenge (RFC Grand Final 2025) yang berakhir di pendalaman Gua Musang, Kelantan; GG 4x4 membuktikan jentera berusia bukan halangan besar untuk meraih podium di pentas kejuaraan antarabangsa edisi ke-28 ini.

Walaupun hanya sekadar meraih di tempat ke-3 bagi kategori R3, pengurus pasukan GG 4x4 Azili Safeei tetap berpuas hati di atas kemampuan jentera Land Rover Defender Series 3 88 yang telah membantu pasukan untuk berentap dengan jentera-jentera lain yang lebih berkuasa termasuk jentera dari pasukan luar negara.

“Bukan mudah buat kami untuk menamatkan perlumbaan ini di mana kami juga turut berdepan dengan masalah mekanikal seawal hari pertama perlumbaan di Gua Musang yang menyebabkan kami ketinggalan untuk memungut mata perlumbaan sepenuhnya.

“Podium untuk tahun ini sudah cukup bagus dari langsung tiada walaupun di tempat ke-3 setelah berentap dengan pasukan dari Poland dan pencabar tempatan yang turut mempunyai reputasi tinggi.

“Sekurang-kurangnya kami menamatkan kalendar perlumbaan musim ini dengan sesuatu yang boleh dibanggakan,” ujar Azili Safeei yang juga merupakan bekas pelumba RFC dalam beberapa edisi terdahulu.

Manakala bagi pemandu pasukan, Tengku Khairul A Rahman kekal optimis jentera berusia ini masih mampu untuk kembali beraksi pada edisi seterusnya di pentas kejuaraan antarabangsa ini.

“Realiti, kelajuaan bukan faktor utama menentukan siapa juara di pentas RFC ini. Pengalaman dan taktikal perlumbaan menjadi taruhan utama untuk terus mengejar podium seperti mana kami buktikan pada hari ini.

“Begitu juga sokongan pasukan teknikal sama ada barisan mekanik yang berhempas pulas siang dan malam untuk membaiki jentera dan juga pengurusan pasukan yang menjadi penghubung kepada penaja-penaja musim ini yang konsisten membantu pasukan lumba ini,” katanya yang bergandingan bersama Muhamad Nasrul Aiman Mohd Azili selaku juruarah pasukan yang berpangkalan dari Terengganu ini.

Untuk rekod, kategori R3 dijuarai oleh pasukan dari Poland yang dipacu oleh Rafal Stanislaw Osmolski bersama pemandu arah Kamil Mariusz Majerczyk. Manakala tempat kedua milik pasukan tempatan ‘Otai Racing Team’ yang dipandu oleh Kamarozaman Jusoh bersama juruarah Muhd Khairy Kamid yang mempunyai reputasi besar dalam arena sukan permotoran lasak ini.

Russia mendominasi podium bagi kategori R1 setelah meraih di tempat pertama dan kedua manakala tempat ke-3 kategori ini berjaya dicuri oleh pasukan tempatan dari Sabah setelah menafikan dua lagi pasukan dari Russia yang berada di tempat ke-4 dan ke-5.

Bagi kategori R2, hanya dua buah pasukan bertanding di mana tempat pertama milik pasukan ‘107’ dari Johor dan Cameron 4x4 di tempat kedua.

Rainforest Grand Final 2025 edisi ke-28 kali ini yang bermula sejak 29 November lalu dari Sungai Buluh, Selangor dan berakhir di Gua Musang, Kelantan untuk 11 hari perlumbaan mempertaruhkan tiga kategori dipertandingkan iaitu R1(Prototype), R2(Modified Production) dan R3(Production) yang disertai oleh tiga negara iaitu Russia, Poland dan Latvia menghimpunkan keseluruhan sebanyak 22 jentera lumba termasuk dari pasukan tempatan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia perlu pimpin hantar bantuan musim sejuk ke Gaza – Mapim
Next: Sukan SEA 2025: Malaysia di ambang penyingkiran selepas kalah 0-2 kepada Vietnam

Related Stories

arab saudi afc
  • SUKAN

Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029

Solomon 30/07/2026 0
ANGKAT BERAT
  • SUKAN

Lima emas bukti jurulatih tempatan setanding terbaik dunia

Arisna Wiguna 30/07/2026 0
tan cheng hoe
  • SUKAN

Harimau Malaya semakin serasi, Cheng Hoe tetap waspada jumpa Thailand

Arisna Wiguna 29/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by