Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA
  • PELBAGAI

Malaysia perlu pimpin hantar bantuan musim sejuk ke Gaza – Mapim

Panya Isamael 11/12/2025 (Last updated: 11/12/2025) 0 comments
Untitled

KUALA LUMPUR – Malaysia digesa mengetuai gerakan bantuan kecemasan musim sejuk ke Gaza susulan keadaan kemanusiaan yang semakin meruncing selepas wilayah itu dibadai Ribut Byron dengan hujan lebat, angin kencang dan banjir besar yang mengancam ratusan ribu pelarian Palestin.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata ribuan keluarga kini terdedah kepada cuaca sejuk melampau tanpa khemah kukuh, pakaian tebal atau perlindungan asas.

“Ini bukan lagi krisis biasa. Ini adalah penderitaan yang disengajakan di tengah musim sejuk yang membunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan laporan Al Jazeera dan agensi PBB menunjukkan 850,000 pelarian di 761 lokasi berisiko dilanda banjir, lebih 200 kem tenggelam, manakala hanya 40,000 khemah dibenarkan masuk sedangkan 300,000 sangat diperlukan.

Katanya, banyak keluarga turut terpaksa menggali parit mengelilingi khemah nipis atau berlindung di bangunan rosak yang hampir runtuh.

Ujarnya, pasukan pertahanan awam terus menerima panggilan kecemasan daripada mangsa yang terperangkap dalam air naik mendadak, namun kekurangan peralatan menyukarkan misi menyelamat.

"PBB turut memberi amaran risiko hipotermia dan penyakit bawaan air kini paling mengancam bayi baru lahir," katanya.

Mapim berkata, sekatan Israel terhadap barangan utama seperti peralatan membaiki rangkaian air, keperluan pembetungan dan bahan perlindungan musim sejuk menjadi punca malapetaka sebenar.

“Sekatan ini adalah senjata paling kejam kerana ia menafikan rakyat Gaza peluang untuk hidup dalam musim sejuk,” kata Azmi.

Oxfam sebelum ini menyatakan Gaza berada dalam keadaan amat teruk akibat birokrasi ketat yang menghalang bantuan, manakala Pelapor Khas PBB, Francesca Albanese menegaskan rakyat Gaza kini ditinggalkan keseorangan, membeku dan kebuluran ketika ribut melanda.

Sehubungan itu, Malaysia perlu memimpin usaha serantau dengan membentuk Koalisi Tindak Balas Musim Sejuk bersama negara Islam lain, selain mendesak OIC dan Majlis Keselamatan PBB membuka akses bantuan tanpa syarat.

Mapim juga mencadangkan penggerakan segera aset kemanusiaan Malaysia melalui kerjasama dengan Mesir dan saluran PBB.

“Gaza sedang tenggelam dalam banjir dan dibekukan musim sejuk, tetapi ribut sebenar ialah sekatan yang menjerut mereka. Malaysia mesti memimpin, OIC mesti bertindak dan PBB mesti membuka laluan bantuan sekarang,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - AFP

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sukan SEA 2025 : Kontinjen Malaysia mula garang, sapu 2 emas
Next: Jentera berusia tidak halang GG 4×4 raih podium antarabangsa

Related Stories

azmi mapim
  • LUAR NEGARA

MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan

Solomon 24/08/2026 0
sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by