Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Sukan SEA 2025 : Kontinjen Malaysia mula garang, sapu 2 emas

Panya Isamael 11/12/2025 (Last updated: 11/12/2025) 0 comments
596448406_1294105659421265_4399534565823255478_n

BANGKOK – Kontinjen Malaysia memulakan cabaran di Sukan SEA ke-33 Thailand 2025 dengan langkah kanan apabila merangkul dua pingat emas pada hari pertama pertandingan rasmi, Rabu, sehari selepas upacara pembukaan yang penuh meriah.

Emas pertama hadir melalui skuad Hoki 5s Lelaki di Stadium Hoki Tentera Udara Diraja Thailand apabila anak-anak buah negara mengekalkan rekod tanpa kalah sejak pusingan awal sebelum membenam Indonesia 7-3 dalam aksi final yang penuh dominasi.

Momen bersejarah itu turut disaksikan oleh Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) Zon Asia Tenggara, yang menyampaikan sendiri pingat emas pertama buat kontinjen negara.

Dalam acara wanita, skuad Hoki 5s Wanita turut melangkah ke pentas akhir namun terpaksa akur dengan pingat perak selepas tumpas 1-7 kepada tuan rumah, Thailand.

Satu lagi pingat perak berjaya disumbangkan oleh Skuad Badminton Berpasukan Lelaki, yang tewas 0-3 kepada Indonesia dalam aksi final di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat, Pathum Thani.

Emas kedua Malaysia pula hadir dari gelanggang seni mempertahankan diri apabila trio Seah Jing Ying, Yow Mei Yee dan Wong Zin mempersembahkan rutin bertenaga untuk menjuarai acara Taekwondo Poomsae Berpasukan Wanita di Island Hall, tingkat tiga, pusat beli-belah Fashion Island, Bangkok.

Selain kejayaan emas dan perak, kontinjen negara turut menunjukkan keterampilan di pelbagai gelanggang dengan meraih 10 pingat gangsa menerusi acara renang, badminton, kanu, ekuestrian, petanque, polo, sepak takraw dan taekwondo.

Setakat tamat saingan hari pertama, Malaysia telah mengumpul 14 pingat keseluruhan dengan 2 emas, 2 perak dan 10 gangsa sekali gus memberi permulaan positif untuk terus menghambat kedudukan pungutan pingat di Thailand.

Malaysia bermula garang, moga momentum ini terus menyala! - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FB Olympic Council of Malaysia

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ACL2 : Selangor tamat kempen tanpa kemenangan
Next: Malaysia perlu pimpin hantar bantuan musim sejuk ke Gaza – Mapim

Related Stories

Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0
nsfc
  • SUKAN

NSFC tuntut kemenangan walkover

Solomon 22/08/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT mahu tebus dua misi berdepan Kuching City

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by