Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

ACL2 : Selangor tamat kempen tanpa kemenangan

Panya Isamael 11/12/2025 (Last updated: 11/12/2025) 0 comments
591758520_18541470322006712_5089532444248293452_n

PETALING JAYA – Hasrat Selangor FC untuk menamatkan kempen AFC Champions League Two (ACL2) 2025/26 dengan kemenangan pertama tidak kesampaian selepas tumbang 0-1 kepada Lion City Sailors dalam aksi terakhir Kumpulan G di Stadium MBPJ, malam tadi.

Aksi tersebut seolah-olah menggambarkan perjalanan keseluruhan Red Giants dalam saingan kali ini, memiliki detik-detik meyakinkan namun akhirnya dihampakan oleh penyudah tumpul serta beberapa kelemahan pertahanan yang mengundang padah.

Dalam enam perlawanan peringkat kumpulan, satu-satunya mata yang berjaya diraih Selangor hanyalah hasil keputusan seri 1-1 menentang Bangkok United di Pathum Thani, sekali gus menyaksikan mereka menamatkan saingan di tangga tercorot dengan hanya satu mata.

Namun, di sebalik keputusan tersebut, penjaga gol kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz, sekali lagi menjadi watak utama dengan mempamerkan ketangkasan luar biasa. Beliau menafikan percubaan bahaya Anderson Lopes (17’) dan Tsiy Ndenge (23’), selain menarik nafas lega apabila sepakan percuma Maxime Lestienne sekadar menggegarkan palang.

Selangor turut berpeluang menghasilkan jaringan awal menerusi penyerang Brazil, Chrigor Moraes, yang menguji kecekapan Ivan Susak pada minit ke-12.

Bagaimanapun, usaha bertahan Selangor akhirnya runtuh seawal lima minit babak kedua bermula. Gerakan terancang di lorong tengah menyaksikan Song Ui-young bijak melorongkan bola kepada Tsiy Ndenge, yang merembat kencang dari dalam kotak penalti untuk gol kemenangan Sailors.

Skuad kendalian Patrick Gamel cuba bangkit, dan hampir menghadiahkan penyudah dramatik dalam masa kecederaan apabila Moraes melepaskan rembatan lencong yang hanya sedikit tersasar dari gawang.

Dengan kekalahan itu, tirai kempen Selangor di pentas ACL2 rasmi berlabuh tanpa sebarang kemenangan, menjadi satu pengajaran besar buat Red Giants untuk bangkit lebih kuat pada musim akan datang. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - SFC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Capital A, AirAsia X proaktif sokong agenda antirasuah negara
Next: Sukan SEA 2025 : Kontinjen Malaysia mula garang, sapu 2 emas

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by