Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Sukan SEA 2025: Impian emas Malaysia terkubur

Panya Isamael 16/12/2025 (Last updated: 16/12/2025) 0 comments
S__3891422

BANGKOK – Impian skuad bawah 23 tahun (B-23) negara untuk meraih pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2025 berakhir apabila tewas tipis 0-1 kepada tuan rumah Thailand dalam aksi separuh akhir di Stadium Nasional Rajamangala, malam tadi.

Perlawanan berlangsung dalam tempo tinggi sejak minit awal, namun Malaysia dikejutkan dengan jaringan awal Thailand pada minit kelapan menerusi sepakan percuma Yotsakorn Buraphan yang melepasi benteng pertahanan negara untuk memberikan kelebihan kepada Young War Elephants.

Keadaan bertambah sukar buat skuad Young Tigers apabila Aiman Yusuf dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-17 selepas melakukan kekasaran terhadap Iklas Sanhron, sekali gus memaksa Malaysia beraksi dengan 10 pemain sepanjang baki perlawanan.

Meskipun kekurangan seorang pemain, anak buah negara tidak mengendurkan serangan dan berjaya mencipta beberapa peluang berbahaya sebelum tamat separuh masa pertama, namun ketumpulan penyudah menghalang usaha menyamakan kedudukan.

Thailand menguasai penguasaan bola, namun gagal menambah jaringan dan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-0 memihak kepada tuan rumah.

Bersambung babak kedua, Malaysia mempamerkan semangat juang tinggi apabila terus menekan benteng pertahanan lawan walaupun beraksi dalam keadaan serba kekurangan.

Thailand hampir menggandakan jaringan pada minit ke-70 menerusi percubaan Yotsakorn Buraphan yang hanya sedikit tersasar, sebelum penjaga gol negara, Zulhilmi Sharani, tampil cemerlang menafikan rembatan jarak jauh Thanakrit Chotmuangpak enam minit kemudian.

Tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan sehingga tamat perlawanan dan Thailand mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Sukan SEA 2025.

Malaysia kini akan mengalihkan fokus kepada perlawanan penentuan pingat gangsa menentang Filipina yang dijadualkan berlangsung pada 18 Disember ini, pukul 4.30 petang di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, sebagai peluang terakhir untuk menamatkan kempen di pentas podium. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FA Thailand

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ‘TMJ sentiasa beri lebih untuk bola sepak’ – Xisco Muñoz
Next: Delegasi Perak naikkan moral atlet takraw

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by