Skip to content
27/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

‘TMJ sentiasa beri lebih untuk bola sepak’ – Xisco Muñoz

Panya Isamael 15/12/2025 (Last updated: 16/12/2025) 0 comments
597813266_1437986017697370_5848798557866143803_n

KUALA LUMPUR – Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala FA 2025 terus mengukuhkan dominasi kelab itu dalam landskap bola sepak negara apabila muncul pasukan pertama memenangi kejuaraan berkenaan empat kali berturut-turut selepas menewaskan Sabah FC di perlawanan akhir.

Ketua jurulatih JDT, Xisco Muñoz menyifatkan kejayaan berterusan pasukan itu sebagai hasil kepimpinan dan visi jangka panjang pemilik kelab, Tunku Mahkota Ismail, yang disifatkannya sentiasa memberi lebih daripada kebiasaan demi kemajuan bola sepak.

“Bos (Tunku Mahkota Ismail) sentiasa memberikan lebih kepada bola sepak, bukan sahaja untuk kelab atau negara, tetapi beliau sentiasa berfikir ke hadapan dalam memastikan yang terbaik buat para pemain,” katanya.

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu menegaskan bahawa kejayaan memenangi trofi secara konsisten bukan sekadar bergantung kepada bakat pemain, sebaliknya memerlukan perancangan rapi, cita-cita besar dan kesinambungan dalam pengurusan pasukan.

“Bukan mudah untuk menang tiga, empat atau lima kali. Ia hanya berlaku apabila anda memiliki kebijaksanaan, cita-cita dan impian besar seperti yang saya maksudkan tentang Tunku Mahkota Ismail,” katanya.

Dalam pada itu, Muñoz turut memuji peranan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, yang disifatkan memainkan peranan penting dalam aspek perekrutan pemain berkualiti dan pembinaan skuad yang mantap.

“Beliau menjalankan tugas dengan sangat baik dan menyediakan pemain pada tahap yang kami perlukan. Tanpa pemain berkualiti seperti ini, kami tidak akan mampu mengekalkan momentum di JDT,” katanya.

Menurut Muñoz, dominasi JDT selama hampir sedekad membuktikan keseluruhan struktur kelab berfungsi dengan baik serta diurus secara profesional di setiap peringkat.

“Apabila anda mendominasi selama 10 tahun, itu bermakna segala-galanya dalam kelab ini berjalan dengan sempurna. JDT adalah pasukan yang kuat dan sangat profesional,” katanya.

Bagaimanapun, Muñoz mengingatkan pemainnya agar tidak dibuai kejayaan dan menegaskan fokus perlu segera diberikan kepada perlawanan seterusnya dalam jadual perlawanan yang padat.

“Kami raikan kemenangan ini malam ini, tetapi dalam tiga hari kami perlu beraksi lagi. Selepas itu, kami akan bermain sekali lagi. Ia satu cabaran besar, namun kami perlu terus bekerja keras kerana itulah tahap yang dituntut di JDT,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - JST

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Haaland pimpin City terus tekan Arsenal
Next: Sukan SEA 2025: Impian emas Malaysia terkubur

Related Stories

KL city
  • SUKAN

KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
jihin hirata
  • SUKAN

Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata

Solomon 26/08/2026 0
MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0

TERKINI

  • KL City dapat kelulusan khas daftar pemain bertemu Kuching City
  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by