Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

KBS siasat kes buli pelajar IKBN Miri

Panya Isamael 23/09/2025 (Last updated: 23/09/2025) 0 comments
InCollage_20250923_093154623

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang budaya buli di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) selepas tular satu rakaman video memaparkan seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri diperlakukan dengan kekerasan fizikal oleh sekumpulan pelajar lain.

KBS dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 19 September lalu sekitar pukul 4.30 petang di IKBN Miri namun hanya dimaklumkan kepada pihak institut selepas ia tersebar di media sosial pada 22 September.

“Pihak IKBN Miri telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan dalaman serta menjalin kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“KBS memandang serius perbuatan buli kerana ia melibatkan isu keselamatan, maruah dan disiplin yang menjadi asas kepada semua ILKBS. Buli bukan sekadar salah laku individu tetapi ancaman kepada budaya pembelajaran yang sihat dan selamat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, tindakan tegas termasuk penggantungan atau dibuang daripada pengajian akan dikenakan terhadap pelajar terlibat berdasarkan peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa.

Tambah KBS, tiada ruang untuk menjadikan kekerasan fizikal sebagai gurauan atau tradisi dalam kalangan pelajar ILKBS. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Ousmane Dembele rangkul Ballon d’Or 2025
Next: JPJ Kajang berwajah baharu, perkhidmatan lebih cekap menjelang 2027

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by