Skip to content
02/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Ousmane Dembele rangkul Ballon d’Or 2025

Panya Isamael 23/09/2025 (Last updated: 23/09/2025) 0 comments
8e01616f02a5f6bfaf9e274e1a43ba81

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Ousmane Dembele, dinobatkan sebagai pemenang Ballon d'Or 2025 selepas diumumkan pada majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Theatre du Chatelet, Paris, awal pagi tadi.

Dembele mengetepikan pesaing utama, bintang muda sensasi Barcelona dan Sepanyol, Lamine Yamal, untuk meraih gelaran pemain bola sepak lelaki terbaik dunia tahun ini.

Kejayaan itu hadir selepas Dembele membantu PSG menjulang lima trofi domestik dan Eropah musim lalu.

Bagaimanapun, Yamal yang menjaringkan 21 gol serta mencipta 26 bantuan jaringan sepanjang musim 2024/2025 turut cemerlang apabila membawa Barcelona meraih treble domestik termasuk La Liga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol.

Trofi berprestij itu disampaikan oleh legenda Brazil yang juga bekas pemain PSG, Barcelona dan AC Milan, Ronaldinho.

Sebelum ini, timbul kontroversi apabila seorang wartawan Argentina, Pablo Giralt, memuat naik senarai pemenang Ballon d'Or 2025 yang didakwa bocor di laman sosial. Senarai itu mendakwa Yamal bakal bergelar pemenang diikuti Dembele di tempat kedua dan Vitinha ketiga. Namun, ramalan itu ternyata meleset.

Dalam majlis sama, PSG turut menerima anugerah pasukan lelaki terbaik, manakala Arsenal dinobatkan sebagai pasukan wanita terbaik.

Jurulatih PSG, Luis Enrique, dinobatkan sebagai jurulatih lelaki terbaik dan meraih Trofi Cruyff, sementara jurulatih skuad wanita England, Sarina Wiegmann dari Belanda, menerima trofi Cruyff bagi kategori wanita.

Trofi Yashin bagi penjaga gol lelaki terbaik menjadi milik Gianluigi Donnarumma yang kini bersama Manchester City selepas meninggalkan PSG, manakala kategori wanita dimenangi Hannah Hampton dari Chelsea.

Bagi kategori pemain muda terbaik lelaki (Trofi Kopa), Lamine Yamal tetap mendapat pengiktirafan, sementara penyerang Barcelona dan skuad wanita Sepanyol, Vicky Lopez, meraih Trofi Kopa kategori wanita.

Sementara itu, pemain tengah Barcelona dan Sepanyol, Aitana Bonmati, sekali lagi membuktikan dominasinya apabila merangkul Ballon d'Or wanita buat kali ketiga berturut-turut selepas 2023 dan 2024.

Trofi berprestij itu disampaikan oleh legenda Sepanyol dan Barcelona, Andres Iniesta. -DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Wanita maut, empat lelaki selamat dalam nahas tiga kereta di Karak
Next: KBS siasat kes buli pelajar IKBN Miri

Related Stories

Marc Marquez
  • SUKAN

Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua

Solomon 01/11/2026 0
Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by