Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Liga Super: Imigresen raih kemenangan kedua di gelanggang lawan

Panya Isamael 25/12/2025 (Last updated: 25/12/2025) 0 comments
602307591_122118807921021401_7232503520829707079_n

MELAKA – Dua jaringan pada separuh masa pertama sudah memadai buat Imigresen FC untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Melaka FC dalam aksi Liga Super Malaysia 2025/26 di Stadium Hang Jebat, Krubong, malam tadi.

Permulaan perlawanan berlangsung berhati-hati dengan kedua-dua pasukan lebih banyak berlegar di bahagian tengah padang, sekali gus menyaksikan peluang berbahaya sukar dicipta pada awal permainan.

Melaka FC hampir membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi bekas penyerang kebangsaan, Muhammad Sharel Fikri, namun percubaannya mudah ditangkap penjaga gol Imigresen, Muhammad Zarif Irfan.

Imigresen akhirnya memecah kebuntuan enam minit kemudian apabila pemain import Brazil, Eduardo José Sosa Vegas, menyambar bola muntah hasil rembatan João Pedro Boeira Duarte yang ditepis Muhammad Haziq Aiman untuk meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-24.

Keyakinan Imigresen semakin meningkat dan ia diterjemahkan dengan gol kedua pada minit ke-30. João Pedro pantas menyudahkan peluang selepas menyambar bola hasil tandukan Wilma Jordan dalam satu situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol Melaka.

Tersentak dengan dua gol tersebut, Melaka FC meningkatkan asakan pada separuh masa kedua dengan memasukkan penjaring terbanyak musim lalu, Abdul Azim Rahim, menggantikan Sharel Fikri bagi menambah bisa di jentera serangan.

Namun, segala usaha tuan rumah gagal menembusi kekebalan Zarif. Percubaan kencang Azim pada minit ke-72 sekadar melepasi palang, manakala tandukan Juan Douglas seminit kemudian berjaya diamankan penjaga gol Imigresen itu.

Kemenangan ini menegaskan peningkatan prestasi dan disiplin tinggi Imigresen FC, sekali gus menghadiahkan mereka kemenangan kedua di gelanggang lawan musim ini. Sebaliknya, Melaka FC terus dibelenggu prestasi tidak menentu apabila mencatat kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 0-4 kepada Kuching City FC minggu lalu. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - IFC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Keganasan anti-Muslim di India kian parah, Mapim desak tindakan PBB
Next: Liga Super: KL City sekat hasrat Kuching City dalam ‘Pertempuran Tempat Kedua’

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by