Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

ASEAN B-19 Futsal 2025: Malaysia sahkan slot separuh akhir walau tewas kepada Indonesia

Panya Isamael 26/12/2025 (Last updated: 26/12/2025) 0 comments
602396817_1575753273497903_6326816162456437428_n

NONTHABURI – Skuad futsal bawah 19 tahun negara mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Futsal ASEAN Bawah 19 Tahun 2025 meskipun tewas tipis 0-1 kepada Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan B di Gimnasium PAO Nonthaburi, di sini semalam.

Keputusan itu sudah memadai buat Malaysia untuk mara sebagai naib juara kumpulan, hasil rekod pertemuan lebih baik berbanding Myanmar, sekali gus menempah tiket ke pusingan kalah mati.

Menjelang perlawanan, kem Malaysia sedar peluang masih terbuka susulan kemenangan besar Indonesia 4-1 ke atas Myanmar pada 24 Disember lalu, dengan perbezaan jaringan serta rekod pertemuan menjadi penentu.

Penjaga gol Kelantan FT, Ammar Harith Mohammad, sekali lagi diberi kepercayaan mengawal gawang negara, namun dikejutkan seawal minit pertama apabila Andika Ferdiansyah meledak gol pantas buat Indonesia.

Bagaimanapun, jaringan awal itu tidak mematahkan semangat anak-anak buah Rakhpol Sainetngam. Di bawah bimbingan jurulatih dari Thailand itu, Malaysia segera mengemas permainan, memperkukuh benteng pertahanan dan berjaya menyekat rentak serangan agresif Indonesia.

Pendekatan berdisiplin itu membuahkan hasil apabila Indonesia gagal menambah jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Indonesia meningkatkan tempo serangan bagi memburu gol kedua, namun pertahanan Malaysia kekal ampuh sambil sesekali melancarkan serangan balas berbahaya.

Peluang terbaik Malaysia untuk menyamakan kedudukan hadir menerusi pemain muda Pahang Rangers, Adam Rayyan Nor Hisam, tetapi percubaannya berjaya ditepis cemerlang penjaga gol Indonesia.

Ketahanan mental dan organisasi pertahanan yang kemas memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Walaupun tewas, Malaysia tetap melangkah ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B, sekali gus membuktikan kematangan serta daya saing tinggi skuad muda negara di pentas serantau. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FAM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Liga Super: KL City sekat hasrat Kuching City dalam ‘Pertempuran Tempat Kedua’
Next: Terengganu FC rehatkan Badrul Afzan, Tengku Hazman dilantik ketua jurulatih interim

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by