Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Terengganu FC rehatkan Badrul Afzan, Tengku Hazman dilantik ketua jurulatih interim

Panya Isamael 26/12/2025 (Last updated: 26/12/2025) 0 comments
603868868_858999600174809_4485458163983752044_n-1

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC (TFC) mengumumkan Ketua Jurulatihnya, Badrul Afzan Razali direhatkan daripada tugas berkuat kuasa serta-merta selepas keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Lembaga Pengarah kelab.

Dalam satu kenyataan rasmi, Terengganu Football Club Sdn. Bhd. (TFCSB) memaklumkan bahawa Penolong Jurulatih, Tengku Hazman Raja Hassan telah dilantik sebagai Ketua Jurulatih Interim bagi mengendalikan pasukan sementara menunggu pengumuman rasmi jurulatih tetap yang baharu.

Keputusan tersebut menjadi titik perubahan penting buat skuad Penyu ketika kelab berusaha menstabilkan prestasi pasukan serta menilai semula hala tuju teknikal dalam saingan Liga Malaysia.

TFCSB pada masa sama merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Badrul Afzan atas segala sumbangan, komitmen dan khidmat bakti beliau sepanjang bersama Terengganu FC.

“Pihak kelab ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Badrul Afzan bin Razali atas segala jasa, komitmen serta sumbangan beliau sepanjang bersama pasukan,” menurut kenyataan itu.

Pelantikan Tengku Hazman sebagai pengendali sementara kini menjadi tumpuan penyokong, dengan harapan beliau mampu membimbing skuad Penyu melalui fasa peralihan ini sementara pihak pengurusan menilai pilihan terbaik bagi jawatan ketua jurulatih secara jangka panjang.

TFCSB dijangka akan mengumumkan perkembangan lanjut mengenai pelantikan ketua jurulatih baharu dalam masa terdekat. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - TFC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ASEAN B-19 Futsal 2025: Malaysia sahkan slot separuh akhir walau tewas kepada Indonesia
Next: Ong Kim Swee dilantik Pengarah Teknikal Baharu NFDP

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by