Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

UiTM raih podium keseluruhan di Bota

Panya Isamael 13/09/2025 (Last updated: 19/09/2025) 0 comments
621eb4ab-e2b0-44b4-85ee-6850ce3d54e1

BOTA - Kontinjen Universiti Teknologi MARA (UiTM) menutup tirai Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) Ke-13 2025 dengan penuh bergaya apabila menepati sasaran berada di kedudukan ketiga keseluruhan pada temasya yang berlangsung di Bota, Perak sejak 9 September lalu.

Aksi mantap Pasukan Petanque Lelaki yang mempertahankan kejuaraan, selain kejutan manis daripada skuad berbasikal UiTM yang merangkul emas sulung acara Kriterium selepas mengetepikan dua gergasi, UPSI dan DBKL, menjadi penyumbang utama kejayaan kontinjen itu.

Sumbangan lain hadir menerusi Petanque Wanita (perak) serta gangsa dalam acara Tenis Berpasukan, Boling Padang Wanita dan Golf.

Berdasarkan sistem pungutan mata, penyertaan meluas UiTM dalam hampir semua acara memberi kelebihan strategik untuk mengukuhkan kedudukan, malah beberapa pasukan turut mara sehingga ke suku akhir dan separuh akhir.

Ketua Kontinjen UiTM, Prof. Dr. Mohd Sazali Shahibi yang juga Presiden Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM, berkata kejayaan ini lahir daripada perancangan rapi serta sokongan penuh pihak pengurusan.

“Kejayaan ini membuktikan dengan sokongan pengurusan, perancangan strategik dan semangat kesukanan tinggi, staf UiTM mampu menyerlah di pentas kebangsaan. Momentum ini akan jadi pemangkin kepada kejayaan lebih besar,” katanya.

Dengan pencapaian tersebut, UiTM kekal sebagai universiti awam terbaik dalam kalangan peserta SUKANUN 2025.

Untuk rekod, temasya kali ini menghimpunkan 3,702 atlet dan 616 pegawai daripada 58 agensi kerajaan membabitkan 17 acara sukan. DBKL muncul juara keseluruhan dengan kutipan 112 mata, manakala MBSA di tempat kedua (111 mata).

PSKK UiTM turut merakamkan penghargaan kepada semua atlet, jurulatih serta warga universiti yang menjadi tulang belakang kejayaan bersejarah ini. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: The analysis of character is the highest human entertainment
Next: Skuad ragbi wanita buru pengalaman di China

Related Stories

Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0
nsfc
  • SUKAN

NSFC tuntut kemenangan walkover

Solomon 22/08/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT mahu tebus dua misi berdepan Kuching City

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by