Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Misi Flotilla: Kapal selamat, tiada serangan – PU Rahmat

Panya Isamael 19/09/2025 (Last updated: 19/09/2025) 0 comments
3278677

KUALA LUMPUR – Semua kapal yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang serangan dron atau cubaan sabotaj setakat Khamis lalu.

Perkara itu dimaklumkan pendakwah bebas, PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan yang turut menyertai misi berkenaan menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Pagi semalam semua kapal selamat. Tiada serangan dron, tiada sabotaj. Alhamdulillah,” katanya sambil berkongsi gambar beliau memasang bendera Jalur Gemilang di atas kapal dinaiki.

Difahamkan, sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertindak sebagai penaung Sumud Nusantara yang menghimpunkan wakil dari Malaysia, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives, Filipina dan Thailand.

Misi flotilla kali ini membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan dan dijadualkan tiba di perairan Gaza pertengahan bulan ini.

Secara keseluruhan, GSF disertai lebih 1,000 sukarelawan dengan hampir 70 bot berlayar merentasi Laut Mediterranean bagi memecah kepungan rejim Israel terhadap Gaza. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Israel rampas tanah, bunuh rakyat Palestin – Tun Dr. Mahathir
Next: 10 hari lagi misi ‘Break the Seas, Break the Silence’ menuju Gaza

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by