KUALA LUMPUR – Persatuan Kriket Malaysia mengumumkan senarai 20 pemain skuad bawah 19 tahun (B-19) negara bagi menghadapi siri persahabatan 50-over menentang Hong Kong, China yang dijadual berlangsung tahun ini.
Skuad tersebut menampilkan gabungan bakat baharu dan pemain muda berpotensi sebagai sebahagian daripada perancangan pembangunan jangka panjang kriket negara di peringkat akar umbi.
Pasukan itu akan diketuai oleh Deeaz Patro Deepak Kumar Patro yang diberi tanggungjawab sebagai kapten untuk mengetuai cabaran Malaysia dalam siri tersebut.
Siri menentang Hong Kong, China ini dilihat sebagai platform penting buat pemain muda negara menimba pengalaman antarabangsa selain mengasah kemahiran dalam format 50-over.
Kesemua perlawanan akan berlangsung di Bayuemas Oval dengan jadual berikut:
26 Mac 2026 (Khamis) – Malaysia B-19 vs Hong Kong, China B-19 (9.30 pagi)
27 Mac 2026 (Jumaat) – Hong Kong, China B-19 vs Malaysia B-19 (9.30 pagi)
29 Mac 2026 (Ahad) – Malaysia B-19 vs Hong Kong, China B-19 (9.30 pagi)
Pembentukan skuad yang pelbagai latar belakang ini turut mencerminkan perkembangan positif serta peningkatan kedalaman bakat dalam arena kriket Malaysia.
Siri ini juga menjadi medan penting untuk menilai keupayaan pemain muda sebelum melangkah ke pentas lebih tinggi pada masa hadapan. – DETIK MALAYSIA
Senarai penuh skuad Malaysia B-19:
Ahmad Faliq Alauddin Ahmad Tarmimi
Aizam Daniel Ahmad Farizal
Azib Wajdi Zainuddin
Connor Zhi Sheng Teh
Deeaz Patro Deepak Kumar Patro (C)
Gavyn Singh Rashvinderjit Singh
Jaashwin Krishnamurthi
Mohd Amirul Firdaus Safiee
Muhamad Nurhanif Maliki
Muhammad Alif Haziq
Muhammad Danish Adlyn Zulkifly
Muhammad Fathul Muin Kamarudin
Muhammad Najmi Haikal Muhammad Najib
Muhammad Nur Adam Zulkifli
Muhammad Shamil Adam
Muhammad Syahir Asyraf
Nagineswaran Sathnakumaran
Putra Darwisy Rafif
Sheikh Izz Syaqif
Syakir Izzudin Mukminin
Kredit foto – Malaysia Cricket