NONTHABURI – Skuad kebangsaan futsal negara mengumumkan senarai akhir 14 pemain bagi menghadapi Kejohanan Futsal ASEAN 2026 yang akan berlangsung di Nonthaburi, Thailand dari 6 hingga 12 April ini.
Ketua jurulatih, Addie Azwan Zainal berkata, pemilihan tersebut dibuat selepas sesi latihan terakhir pada 3 April lalu dengan menampilkan kombinasi pemain muda berpotensi serta tonggak berpengalaman.
“Skuad ini dibentuk dengan keseimbangan dari segi pengalaman dan tenaga muda bagi memastikan pasukan mampu bersaing secara kompetitif di pentas ASEAN,” katanya.
Senarai 14 pemain:
Penjaga Gol
- Amiro Izzat (Pahang Rangers)
- Ammar Harith (Johor Darul Ta’zim)
Pertahanan
- Faaris Amsyar (Selangor FC)
- Aidil Zakwan Zaidi (Selangor FC)
- Arif Roslan (Universiti Malaysia)
Tengah
- Iqbal Hazim Radzi (Selangor FC)
- Haziq Haikal (Selangor FC)
- Amirul Syahmi (USM FC)
- Danial Zhafirul (USM FC)
- Mohd Zulhairi Haris (Sabah)
- Matias Danisan (Kuala Lumpur City)
- Shahrul Niezam (Terengganu)
Penyerang
- Adam Rayyan (Pahang Rangers)
- Alif Iqwan Hussin (ATM)
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bakal berdepan juara bertahan, Indonesia, selain Australia dan Brunei, dengan dua pasukan teratas mara ke separuh akhir.
Skuad negara dijadual memulakan kempen menentang Australia pada 6 April, sebelum aksi getir bertemu Indonesia (7 April) dan Brunei (8 April).
Sebagai rekod, Malaysia masih memburu kejuaraan sulung kejohanan ini selepas sekadar muncul naib juara sebanyak lima kali dan tempat ketiga juga lima kali.
Pada edisi lalu di Nakhon Ratchasima, Thailand, skuad negara terkandas di peringkat kumpulan apabila menamatkan saingan di tangga ketiga.
Justeru, edisi kali ini dilihat sebagai peluang terbaik buat Harimau Malaya futsal mencipta sejarah baharu di pentas serantau. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – FAM