Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

10 hari lagi misi ‘Break the Seas, Break the Silence’ menuju Gaza

Panya Isamael 19/09/2025 (Last updated: 19/09/2025) 0 comments
5201b4e6-d639-460a-b638-c28d213123e8

KUALA LUMPUR - Sebuah konvoi laut yang dikenali sebagai Sumut Global Fertilia hari ini dilaporkan telah berlayar meninggalkan Teluk Itali menuju perairan Mediterranean dan seterusnya ke Gaza, dalam misi yang bertujuan memecah sekatan ke atas wilayah tersebut.

Menurut wartawan bebas, ZRA Strim atau nama penuhnya Zainal Rashid Ahmad, rakaman awal yang dimuat naik menjelaskan bahawa keadaan pelayaran memaksa mereka membuat rakaman sebelum layar dinaikkan kerana susunan kapal dan aktiviti persiapan menjadi lebih kelam-kabut apabila operasi bermula.

“Apabila video ini kami muat naik, bermakna kami telah pun berlayar keluar meninggalkan Teluk Itali untuk menuju kawasan Mediterranean. Kami terpaksa rakam lebih awal kerana ketika layar dinaikkan keadaan akan menjadi kelangkabut dan tidak sesuai untuk membuat penggambaran,” kata beliau menerusi video pendek di Facebook.

Konvoi itu dilaporkan membabitkan 17 kapal, termasuk 11 kelayar Malaysia dan seorang pelayar Brunei yang mewakili gabungan Sumut dan Nusantara. Penganjur menjangkakan perjalanan akan mengambil masa kira-kira 10 hari untuk sampai ke Gaza, dengan persinggahan awal di Greece dalam tempoh lima hari bagi menyertakan rakan-rakan tambahan sebelum meneruskan pelayaran.

Misi yang membawa tema “Break the Seas, Break the Silence” itu disifatkan sebagai usaha kemanusiaan dan solidariti terhadap rakyat Gaza. Zainal menegaskan harapan peserta agar perjalanan dan operasi berjalan lancar serta selamat sehingga matlamat misi tercapai.

“Kami harap keadaan ini selamat. Semua usaha untuk ‘break the seas, break the silence’ yang menjadi tema utama Global Flotilla dapat dicapai. Malaysia bersama dengan Gaza sentiasa. Semoga kami selamat sampai dan misi kami untuk memecah kepungan Israel berjaya,” ujarnya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Misi Flotilla: Kapal selamat, tiada serangan – PU Rahmat
Next: Jalan sekitar KL Ditutup, lencongan sempena Larian Sarong Music Run

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by