Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Badrul Afzan puas hati semangat juang TFC

Panya Isamael 20/09/2025 (Last updated: 24/09/2025) 0 comments
FB_IMG_1758337659321



KUALA TERENGGANU – Pengendali Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali melahirkan rasa puas hati selepas skuad Penyu membelasah Melaka FC 4-0 dalam aksi Liga Super 2025/26 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Kesemua jaringan TFC hadir pada babak pertama sebelum kedua-dua pasukan lebih berhati-hati pada separuh masa kedua.

“Alhamdulillah, tiga mata yang berharga pada malam ini. Saya ucapkan tahniah dan kredit kepada semua pemain kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi. Itu faktor utama kemenangan,” katanya selepas perlawanan.

Beliau bagaimanapun mengingatkan barisan pemain agar tidak terlalu selesa dan terus mengekalkan momentum menjelang aksi menentang Kuala Lumpur City FC di Cheras minggu depan.

“Yang penting kita tidak mengambil mudah. Pemain perlu terus bekerja keras untuk menghasilkan gol dan kemenangan seterusnya. Sekarang kita berada di belakang JDT dari segi jumlah mata, jadi saya harap pemain tidak berpuas hati,” ujarnya.

Badrul Afzan turut memuji kelincahan penjaga gol muda Melaka yang berjaya menafikan beberapa peluang tuan rumah

“Separuh masa kedua kita cuba tambah jaringan, tapi itulah bola sepak. Kadang-kadang peluang hadir, kita tak dapat sempurnakan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Badrul Afzan mengesahkan tiada kecederaan serius melanda pasukan kecuali Akhyar Rashid yang dikeluarkan lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga, selain menunggu laporan mengenai keadaan Azam Azmi. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Terengganu FC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kancil diaibkan, Devan akui import gagal beri impak
Next: Misi Sumud Nusantara jumpa ‘kawan’ bot di perairan Itali

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by