Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Kancil diaibkan, Devan akui import gagal beri impak

Panya Isamael 20/09/2025 (Last updated: 20/09/2025) 0 comments
FB_IMG_1758336611863



KUALA TERENGGANU – Melaka FC terpaksa akur dimalukan 0-4 oleh Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super 2025/26 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Pengendali Melaka FC, K. Devan mengakui skuad kendaliannya bermula baik pada 20 minit pertama, namun keadaan berubah drastik selepas mereka dibolosi jaringan pembukaan.

“Selepas gol pertama, pertahanan goyah dan gol kedua pula sepatutnya boleh dielakkan. Tetapi 'turning point' sebenar ialah gol ketiga menerusi penalti yang juga mengakibatkan Che Rashid Halim dilayangkan kad merah.

“Kita terpaksa bermain 10 orang selama 65 minit. Jadi saya anggap kita kalah pada separuh masa pertama,” katanya selepas perlawanan.

Devan turut menegur prestasi hambar tonggak import yang gagal memberi impak terutama di babak awal perlawanan, selain dibelenggu masalah kecederaan pemain utama.

“Kita turun tanpa empat pertahanan utama, dua penyerang (no.9 dan no.10) serta penjaga gol utama. Malah kita terpaksa turunkan Sharel Fikri sebagai penyerang utama. Itu antara faktor kelemahan pasukan hari ini,” ujarnya.

Namun beliau tetap memuji penjaga gol gantian, Haziq Aiman yang masuk menggantikan Firdaus Irman dan berjaya menutup ruang kebangkitan TFC pada separuh masa kedua.

“Dengan 10 pemain, sekurang-kurangnya kita bertahan lebih baik dan tidak bolos lagi. Haziq banyak menyelamatkan percubaan berbahaya lawan,” tambahnya.

Mengulas kad merah Rashid, Devan menegaskan belum menonton rakaman video dan hanya akan membuat penilaian selepas meneliti insiden tersebut.

Dalam masa sama, beliau mengakui kualiti import memainkan peranan besar menentukan prestasi pasukan.

“Hari ini jelas enam pemain import TFC jadi pembeza. Kalau import bagus, sudah tentu beri peluang catat keputusan baik. Kita mungkin perlu menilai semula dan membawa masuk import lebih berkualiti pada jendela perpindahan kedua nanti,” jelasnya.

Selepas empat perlawanan, Melaka FC masih tanpa kemenangan dengan tiga seri dan satu kekalahan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Melaka FC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Lima kedai makan di Flat PPR Kota Damansara musnah dijilat api
Next: Badrul Afzan puas hati semangat juang TFC

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by