YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 di Kuala Lumpur. 19 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permission. MANDATORY CREDI
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan untuk kembali kepada asas dan makna halalan toyyiban sebagai pendekatan holistik dalam memperkukuh ekosistem halal negara.
Beliau berkata, halal bukan sekadar label, sebaliknya simbol keyakinan, kepercayaan serta mengangkat nilai pertanggungjawaban dan etika dengan penekanan terhadap aspek kemampanan, kebersihan dan kesihatan.
“Halal berasaskan kepercayaan, dan apa yang ditonjolkan dalam pameran ini juga merupakan sebahagian daripada mesej dakwah yang dizahirkan melalui amalan, tindakan dan perbuatan kita,” katanya ketika menghadiri Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 di sini, pagi tadi.
Anwar turut meluangkan masa melawat Pameran Antarabangsa Halal (MIHAS) dan menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Palestin mengenai kerjasama ekonomi serta perdagangan.
Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan terhadap sumbangan almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkan memiliki pandangan jauh dalam menggerakkan usaha menjadikan Malaysia sebagai peneraju industri halal global.
“Kejayaan Malaysia dalam bidang halal bukanlah suatu perjalanan yang mudah, namun hasil kerjasama dan komitmen pelbagai pihak, ia terbukti kukuh serta dipercayai dunia,” katanya. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - FB ANWAR IBRAHIM