Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Aravindakumar hadiahkan kemenangan pertama Malaysia di Tokyo

Panya Isamael 16/11/2025 (Last updated: 16/11/2025) 0 comments
IMG_9943

TOKYO - Malaysia memulakan kempen Deaflympics 2025 di Tokyo dengan R. Aravindakumar memastikan kemenangan bermakna dalam perseorangan lelaki pada saingan pembukaan peringkat Kumpulan di Arena Keio di Tokyo hari ini.

Namun rakan sepasukan Edmund Teo, terpaksa akur selepas kehilangan fokus selepas berada pada kedudukan selesa di set ketiga, dan gagal mengekalkan taktikal permainan dan tunduk kepada pemain tuanrumah.

Dalam acara perseorangan wanita, Trisya Rafael pula tewas walaupun mempamerkan semangat juang yang tinggi.

Aravindakumar, pemenang pingat gangsa beregu lelaki pada Deaflympics Brazil 2022, menghadirkan kemenangan pertama Malaysia selepas mengatasi pemain Thailand, Sombun Anuntawip, dalam saingan sengit tiga set.

Pertarungan selama 54 minit itu menyaksikan Aravindakumar bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencatat kemenangan 21-23, 21-12, 22-20.

Sombun bermula garang, mengawal tempo permainan dan memaksa Aravindakumar melakukan beberapa kesilapan pada set pembukaan. Namun, pemain negara bangkit dengan mengubah taktikal selepas mempraktikan arahan jurulatih ketika rehat.

“Saya bermula agak baik tetapi kecewa dengan set pertama. Jurulatih memberikan beberapa tip taktikal terutama dari segi mengawal tempo. Pada set kedua saya lebih fokus, dan pada set penentuan saya terus berjuang sehingga berjaya menewaskan Sombun,” ujarnya.

Aravindakumar berdepan pemain Taiwan, Chung-I Chen, dalam perlawanan terakhir bagi menentukan juara Kumpulan G.

Ketua jurulatih kebangsaan, Sabrina Chong, memuji penyesuaian prestasi anak buahnya: “Aravinda banyak mengubah corak permainannya hari ini. Pergerakannya baik, berjaya mengawal rali dan bermain seperti yang kami arahkan. Gaya permainannya semakin meningkat dan dia menunjukkan kematangan.”

Sementara itu, Edmund Teo, pemenang pingat perak beregu campuran di Brazil 2022 serta pemenang pingat emas Sukan SEA Pekak di Jakarta, akur dengan kekalahan perit selepas kebangkitan lewat pemain Jepun, Nagaishi. Edmund bermula cemerlang, memenangi set pertama 21-16, namun kehilangan fokus membolehkan pemain Jepun itu mengikat kedudukan dengan mata sama, memaksa permainan ke set penentuan.

Pada set penentuan, Edmund kelihatan berada di landasan tepat dan hampir pasti meraih kemenangan apabila mendahului 12-6 dan kemudian 19-14 pada satu ketika. Bagaimanapun, kebangkitan Nagaishi menyaksikan Edmund hilang rentak apabila ditekan berterusan, akhirnya tewas 20-22 selepas 58 minit permainan.

“Saya sangka saya mampu, tetapi pemain Jepun itu lebih berpengalaman untuk bangkit,” kata Edmund yang jelas kecewa. Beliau akan menentang pemain Denmark, William Haurholm-Rasmussen, seterusnya dan kekal optimis untuk bangkit.

Jurulatih Sabrina Chong juga agak kecewa turut tetapi bersikap positif.

“Memang mengecewakan kerana Edmund mendahului sepanjang permainan. Kelajuan dan keyakinannya bertambah baik, tetapi dia agak gopoh di mata-mata terakhir. Dia agak gugup, dan lawan yang lebih berpengalaman mengambil kesempatan,” katanya.

Dalam acara perseorangan wanita, Trisya Rafaez menghadapi cabaran getir dalam penampilan pertamanya, tewas dalam aksi Kumpulan I kepada pemain Jepun, Kamata, 3-21, 3-21 dalam masa hanya 15 minit. Beliau dijangka bangkit dalam perlawanan seterusnya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - MSDEAF

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Tindakan terhormat Universal Music & Dolla wajar dijadikan teladan
Next: Malaysia berpotensi jadi peneraju diplomasi sains global

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by