Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • POLITIK

Asyraf Wajdi disindir ‘Nujum Pak Belalang’

Panya Isamael 21/09/2025 (Last updated: 21/09/2025) 0 comments
InCollage_20250921_185541685



KOTA BHARU – Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaas Mohamed Nawi menyindir Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, yang didakwa sering membuat ramalan politik berkaitan Perikatan Nasional (PN) tanpa asas kukuh.

Menurutnya, kenyataan Asyraf Wajdi berhubung PAS dan PN hanya bersifat tuduhan semata-mata serta tidak menggambarkan realiti sebenar politik semasa.

“Muktamar PAS kali ke-71 baru-baru ini sudah jelas memperlihatkan penegasan pimpinan terhadap hala tuju parti. Ahli PAS faham, tetapi barangkali Asyraf Wajdi tidak.

“Beliau bukan jurucakap PN, jauh sekali PAS atau Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Firdaas menegaskan, tuduhan kononnya PAS menggunakan dana daripada Bersatu untuk menghadapi pilihan raya adalah satu dakwaan paling tidak masuk akal.

“PAS bukan parti baharu, malah hanya enam tahun lebih muda daripada UMNO. Pengalaman PAS dalam pilihan raya cukup panjang, tidak perlu bergantung kepada parti lain,” ujarnya.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) runtuh disebabkan PAS.

“Perpecahan itu berpunca daripada UMNO sendiri. Buktinya jelas apabila UMNO kini berpecah kepada dua kelompok.

“Kerjasama PAS dengan mana-mana parti politik sentiasa berlandaskan prinsip. PAS tidak menjual prinsip hanya demi kuasa seperti UMNO. Jika prinsip terkorban, lebih baik PAS jadi pembangkang,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Firdaas menasihatkan Asyraf Wajdi agar lebih menumpukan perhatian kepada keadaan UMNO dan Pakatan Harapan sebelum membuat ‘nujuman politik’ terhadap parti lain.

“Kalau tersilap ramalan, bukan sahaja sakit, malah boleh menanggung malu,” sindirnya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Bunga Raya 7s tutup aksi tangga ke-6 di Hangzhou
Next: The Cats tumbangkan Selangor di Kuching

Related Stories

retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0
Jais sprm
  • POLITIK

SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA

Panya Isamael 24/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by