GEORGE TOWN – Bekas Pengarah Teknikal Penang FC, Rosle Md. Derus dilaporkan telah meninggal dunia.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Penang FC menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.
Menurut Penang FC, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat handai serta seluruh komuniti bola sepak yang pernah mengenali jasa dan sumbangan beliau.
“Seluruh warga Penang FC merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham En. Rosle Md. Derus, bekas Pengarah Teknikal Penang FC, yang telah kembali ke rahmatullah.
“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga.
“Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini,” kata kenyataan itu. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Penang FC
