JOHOR BAHRU – Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva melakar sejarah baharu apabila muncul penjaring terbanyak Liga Super Malaysia sepanjang zaman dengan koleksi 109 gol.
Rekod itu mengatasi pencapaian legenda negara, Indra Putra Mahyudin yang sebelum ini mengumpul 106 gol sepanjang kariernya.
Bergson mencapai detik bersejarah itu selepas meledak hatrik ketika membantu JDT membelasah Sabah FC 8-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Kejayaan tersebut sekali gus menobatkan Bergson sebagai ikon baharu Liga Super, selain menambah gemilang buat skuad Harimau Selatan yang terkenal dengan semboyan “Luaskan Kuasamu Johor”.
Menurut kenyataan rasmi Johor Southern Tigers, pencapaian ini membuktikan semangat juang serta konsistensi Bergson sejak menyarung jersi JDT, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai permata berharga bola sepak selatan tanah air. - DETIK MALAYSIA
