Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

CEDAR perkasa 3,000 usahawan mikro, Belanjawan RM2 juta lonjak maju usahawan Madani

Panya Isamael 09/12/2025 (Last updated: 09/12/2025) 0 comments
PHOTO

KUALA LUMPUR – Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), entiti pembangunan kapasiti di bawah SME Bank, terus memacu ekosistem keusahawanan negara apabila berjaya memperkasa lebih 3,000 usahawan mikro melalui inisiatif Maju Usahawan Madani (MUM) yang dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Dengan suntikan dana RM2 juta di bawah Belanjawan 2025, program tersebut menjadi teras dalam mengukuhkan asas keusahawanan terutama dalam kalangan wanita, belia serta perusahaan baharu yang memerlukan bimbingan intensif dari aspek kemahiran kewangan, strategi perniagaan dan pendigitalan.

Ketua Pegawai Eksekutif CEDAR, Amirul Imran Ahmat berkata, penerimaan positif usahawan terhadap program itu membuktikan peningkatan aspirasi usahawan mikro dalam memperkukuh daya tahan perniagaan masing-masing.

“Sebanyak 90 kohort dilaksanakan secara fizikal dan hibrid melibatkan penyertaan seramai 3,000 peserta. Penyertaan wanita seramai 1,256 orang atau 42 peratus serta 757 belia atau 25 peratus menunjukkan impak tinggi terhadap dua segmen penting ekonomi nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirul Imran berkata, mandat CEDAR turut diperkasa melalui Belanjawan 2026 susulan tambahan dana RM2 juta, sekali gus menegaskan komitmen kerajaan dalam melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing.

Katanya, CEDAR kini memberi fokus memperkukuh pengurusan kewangan PMKS, penggunaan teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) serta penerapan amalan kelestarian ESG.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan wanita kini menguasai 20.1 peratus pemilikan perniagaan, manakala perusahaan diterajui belia menyumbang hasil sehingga RM80.7 bilion serta mencipta lebih 374,000 pekerjaan.

“Oleh itu, intervensi bersasar dalam kemahiran praktikal AI, pendigitalan, strategi perniagaan dan kelestarian menjadi kunci pembangunan usahawan. Tumpuan kepada usahawan luar bandar juga semakin diperluaskan,” katanya.

Sejak ditubuhkan, CEDAR telah melatih hampir 88,000 usahawan melalui lebih 3,500 program pembelajaran merangkumi literasi kewangan, strategi korporat, inovasi serta penggunaan teknologi digital.

Inisiatif itu turut dilengkapkan dengan akses kepada pembiayaan SME Bank, termasuk program melangkaui pembiayaan bernilai hampir RM2 bilion di bawah Belanjawan 2026.

Keseluruhannya, program pembangunan yang merangkumi sektor pelancongan, teknologi dan Industri 4.0, eksport, ekosistem halal, pembangunan francais serta perusahaan sosial diyakini mampu meningkatkan daya saing PMKS, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi, penjanaan pekerjaan dan kelestarian perniagaan jangka panjang. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sukan SEA 2025 : Skuad Harimau Malaya bergelut hadapi gelora Vietnam
Next: Lelaki cuba terjun balkoni diselamatkan pasukan bomba

Related Stories

Manivannan
  • NASIONAL

Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting

Solomon 28/10/2026 0
Dr R Manivannan - Foto: Bernama
  • NASIONAL

54 MALAYSIANS STILL MISSING, MASFIH TO MEET HUMAN RESOURCES MINISTER TOMORROW

Solomon 27/10/2026 0
upsi
  • NASIONAL

UPSI terima pengiktirafan MBOR menerusi program keluarga angkat

Solomon 26/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by