ATLANTA – Republik Demokratik (DR) Congo mencipta sejarah apabila melangkah ke pusingan kalah mati Piala Dunia buat kali pertama selepas bangkit menewaskan Uzbekistan 3-1 dalam aksi terakhir Kumpulan K awal pagi tadi.
Uzbekistan terlebih dahulu mengejutkan lawan menerusi jaringan awal penyerang berbisa, Eldor Shomurodov, namun kebangkitan luar biasa dipamerkan DR Congo pada babak kedua.
Yoane Wissa muncul wira pasukan apabila meledak dua gol, manakala Fiston Mayele turut mencatat nama sebagai penjaring untuk melengkapkan kemenangan bergaya 3-1.
Kejayaan itu menyaksikan DR Congo menamatkan saingan di tempat ketiga Kumpulan K, namun tetap layak ke pusingan 32 terbaik selaku antara pasukan tempat ketiga terbaik.
Keputusan tersebut turut menamatkan harapan Korea Selatan yang tersingkir daripada saingan selepas gagal berada dalam kelompok lapan pasukan ketiga terbaik.
Sementara itu, Colombia mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan K selepas mengikat Portugal tanpa jaringan dalam satu lagi aksi yang berlangsung di Miami.
Portugal pula mengiringi Colombia ke pusingan kalah mati selaku naib juara kumpulan, manakala Uzbekistan menutup kempen tanpa sebarang mata. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Getty Images