Skip to content
20/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Fernandez cipta sejarah di GP Australia

Panya Isamael 20/10/2025 (Last updated: 20/10/2025) 0 comments
unnamed-7

PHILLIP ISLAND – Sejarah tercipta di Litar Phillip Island apabila pelumba Sepanyol, Raul Fernandez menampilkan tunggangan cemerlang untuk meraih kemenangan pertama dalam karier MotoGP sekali gus menghadiahkan kemenangan sulung buat pasukan Trackhouse MotoGP Team, semalam.

Kejayaan manis itu bukan sahaja menobatkan Fernandez sebagai juara baharu MotoGP, malah menjadikan Trackhouse sebagai pasukan terakhir dalam grid yang berjaya mencatat kemenangan dalam kelas premier berprestij itu.

Beraksi bermula dari petak hadapan, Fernandez segera memberi tekanan kepada Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) sebelum mengambil alih kedudukan pendahulu apabila Bezzecchi dikenakan dua hukuman Long Lap pada pusingan ke-10.

Pelumba berusia 24 tahun itu kemudian kekal konsisten dan tenang, mengekalkan rentak perlumbaan sehingga menamatkan 27 pusingan dengan kelebihan 1.4 saat di hadapan pencabar terdekat, sekali gus menutup perlumbaan penuh dramatik itu dengan bergaya.

“Kemenangan ini bermakna segalanya. Untuk menang di sini dan menghadiahkan kemenangan pertama kepada pasukan saya adalah impian jadi nyata. Pasukan percaya pada saya — dan hari ini, kami cipta sejarah bersama,” kata Fernandez penuh emosi selepas perlumbaan.

Di belakangnya, Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) mempamerkan aksi luar biasa apabila memulakan perlumbaan dari petak ke-10 namun berjaya menamatkan saingan di tempat kedua selepas menewaskan Pedro Acosta dan Alex Marquez pada pusingan-pusingan akhir.

Sementara itu, Bezzecchi yang dikenakan dua penalti Long Lap tetap menonjol dengan aksi luar biasa apabila bangkit menamatkan saingan di tempat ketiga, hanya 2.4 saat di belakang juara sekali gus naik ke tangga ketiga dalam kedudukan keseluruhan dunia, menyingkirkan Francesco Bagnaia yang berdepan DNF di selekoh keenam.

Kekecewaan pula buat penyokong tempatan apabila Jack Miller terjatuh di selekoh sama, manakala Johann Zarco turut tersingkir awal selepas terjatuh di selekoh pertama.

Alex Marquez yang sempat mencabar kedudukan podium akhirnya sekadar keempat, diikuti Acosta di tempat kelima selepas mempertahankan kedudukan dengan perbezaan hanya 0.040 saat daripada Luca Marini (Honda HRC Castrol).

Kemenangan bersejarah ini bukan sahaja mengubah kedudukan pertengahan carta kejuaraan, malah menjadikan perebutan gelaran antara Jorge Martin dan Bagnaia semakin sengit menjelang baki perlumbaan musim ini. - DETIK MALAYSIA

Keputusan Rasmi (10 Teratas):

Raul Fernandez (Trackhouse MotoGP Team)

Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing Team)

Marco Bezzecchi (Aprilia Racing)

Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP)

Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing)

Luca Marini (Honda HRC Castrol)

Alex Rins (Monster Energy Yamaha MotoGP)

Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing)

Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3)

Pol Espargaro (Red Bull KTM Tech3)

Foto kredit: MotoGP

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Magribi ‘ajar’ Argentina cara main final, rangkul Piala Dunia B-20
Next: MU bangkit bergaya, jinakkan Liverpool di Anfield

Related Stories

halim kader
  • SUKAN

Abdul Halim Kader mahu semua pegawai bersatu jayakan sepak takraw

Panya Isamael 19/09/2026 0
jais abdul karim
  • SUKAN

Integriti mesti bermula dengan kepimpinan

Panya Isamael 19/09/2026 0
kcfc
  • SUKAN

Kuching City tewas lewat di Phnom Penh

Solomon 18/09/2026 0

TERKINI

  • Enam hari hilang, keluarga cari Qaseh Atika
  • Jais bersedia pikul amanah di Nagoya
  • KTMB gantung tugas pekerja kontraktor terbabit insiden pergaduhan di Stesen Labu
  • Ular masuk bangunan Hive 9 Mranti Park
  • Tawaran kerja pengurus, lelaki rugi RM39,000
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by