KUALA LUMPUR – FIFA secara rasmi mengesahkan lokasi kem latihan pasukan yang akan bertanding pada Piala Dunia 2026 dengan pasukan-pasukan akan berkampung di seluruh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico sebagai persiapan menghadapi kejohanan terbesar bola sepak dunia itu.
Pengumuman tersebut memberikan gambaran lebih jelas mengenai lokasi penempatan pasukan elit dunia sepanjang kejohanan berlangsung, dengan beberapa kuasa besar bola sepak memilih fasiliti latihan berprestasi tinggi di bandar-bandar utama Amerika Utara.
Juara bertahan dunia, Argentina akan menjadikan Sporting KC Training Centre di Kansas City sebagai kem utama mereka, manakala Brazil memilih Columbia Park Training Facility di kawasan New York-New Jersey.
England turut berpangkalan di Kansas City menerusi Swope Soccer Village sekali gus mewujudkan antara hab bola sepak paling berprofil tinggi dalam kejohanan itu bersama Argentina dan Belanda yang memilih KC Current Training Facility.
Dalam perkembangan sama, Perancis memilih Bentley University di Boston manakala Jerman akan menjalani persiapan di Wake Forest University di Winston-Salem.
Gergasi Asia, Jepun pula memilih pusat latihan Nashville SC di Nashville sementara Korea Selatan akan berkampung di Chivas Verde Valle di Guadalajara, Mexico.
Salah satu pilihan menarik hadir daripada Arab Saudi yang memilih Stadium Austin FC di Texas sebagai ibu pejabat persiapan mereka, manakala Jordan yang bakal membuat penampilan sulung di Piala Dunia akan berlatih di University of Portland.
Tuan rumah bersama, Amerika Syarikat memilih Great Park Sports Complex di Irvine, California, sementara Kanada kekal berlatih di negara sendiri di National Soccer Development Centre, Vancouver. Mexico pula akan beroperasi dari Centro de Alto Rendimiento (CAR) di Mexico City.
Beberapa negara turut memilih suasana berasaskan universiti bagi memastikan privasi dan kawalan persiapan lebih baik. Austria memilih UC Santa Barbara, Mesir di Gonzaga University di Spokane manakala Senegal akan berlatih di Rutgers University di kawasan New York-New Jersey.
Taburan lokasi kem latihan itu turut memperlihatkan perancangan strategik FIFA dengan kelompok utama tertumpu di Texas, California, Pantai Timur Amerika Syarikat dan Mexico bagi mengurangkan keletihan perjalanan sepanjang kejohanan berlangsung.
Bagi kebanyakan pasukan, kem latihan yang dipilih bukan sekadar venue latihan, malah menjadi pusat operasi utama untuk proses pemulihan pemain, analisis lawan dan membina momentum sepanjang saingan Piala Dunia 2026. – DETIK MALAYSIA
Kem Latihan Rasmi Pasukan Piala Dunia 2026 Pilihan FIFA
Amerika Utara & Tengah
Kanada — National Soccer Development Centre, Vancouver
Mexico — Centro de Alto Rendimiento (CAR), Mexico City
Amerika Syarikat — Great Park Sports Complex, Irvine
Panama — Nottawasaga Training Site, New Tecumseth
Curacao — Florida Atlantic University, Boca Raton
Haiti — Stockton University, New York-New Jersey
Amerika Selatan
Argentina — Sporting KC Training Centre, Kansas City
Brazil — Columbia Park Training Facility, New York-New Jersey
Colombia — Academia Atlas FC, Guadalajara
Ecuador — Columbus Crew Performance Centre, Columbus
Paraguay — Spartan Soccer Complex, San Francisco Bay Area
Uruguay — Mayakoba Training Centre Cancun, Cancun
Eropah
Austria — UC Santa Barbara – Harder Stadium, Goleta
Belgium — Seattle Sounders FC Performance Centre and Clubhouse, Renton
Bosnia dan Herzegovina — RSL Stadium, Sandy
Croatia — Episcopal High School, Alexandria
Republik Czech — Mansfield Multipurpose Stadium, Dallas
England — Swope Soccer Village, Kansas City
Perancis — Bentley University, Boston
Jerman — Wake Forest University, Winston-Salem
Belanda — KC Current Training Facility, Kansas City
Norway — UNC Greensboro, Greensboro
Portugal — Gardens North County District Park, Palm Beach Gardens
Scotland — Charlotte FC Training Base, Charlotte
Sepanyol — Baylor School, Chattanooga
Sweden — FC Dallas Stadium, Dallas
Switzerland — SDJA, San Diego
Turkiye — Arizona Athletic Grounds, Mesa
Afrika
Algeria — University of Kansas, Kansas City
Cape Verde — Waters Sportsplex, Tampa
DR Congo — Houston Training Centre, Houston
Mesir — Gonzaga University, Spokane
Ghana — Bryant University, Boston
Ivory Coast — Philadelphia Union Training Centre, Philadelphia
Maghribi — The Pingry School, New York-New Jersey
Senegal — Rutgers University, New York-New Jersey
Afrika Selatan — CF Pachuca – Universidad Del Futbol, Pachuca
Tunisia — Rayados Training Centre, Monterrey
Asia
Australia — Oakland Roots/Soul Training Facility, San Francisco Bay Area
Iran — Centro Xoloitzcuintle, Tijuana
Iraq — The Greenbrier Sports Performance Centre, Greenbrier County
Jepun — Nashville SC Training Centre, Nashville
Jordan — University of Portland, Portland
Korea Selatan — Chivas Verde Valle, Guadalajara
Qatar — Westmont College, Santa Barbara
Arab Saudi — Stadium Austin FC, Austin
Uzbekistan — Atlanta United Training Centre, Atlanta
Oceania
New Zealand — University of San Diego – Torero Stadium, San Diego
Kredit foto – Marcio Machado/FIFA