KANSAS CITY – Colombia mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Ghana 1-0 dalam aksi pusingan 32 terbaik di Stadium Arrowhead awal pagi tadi.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Jhon Arias pada minit ke-14, sekali gus memastikan skuad bimbingan Néstor Lorenzo meneruskan kemaraan dalam saingan kalah mati.
Ghana cuba bangkit memburu gol penyamaan pada babak kedua, namun pertahanan Colombia kekal ampuh untuk mempertahankan kelebihan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Kemenangan itu menyaksikan Colombia akan berdepan Switzerland pada pusingan 16 terbaik. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Getty Images
